Performance On Google Search For May 2021
Assalamualaikum...
Wah..lewat benar Cik Nor updates pasal performance untuk bulan Mei punya. Dah bulan Julai baru berkesempatan nak menulis. Bukan sibuk menulis review tapi penyakit M dah mula melanda. Biasa lepas subuh Cik Nor dah mula menulis nak updates blog setiap hari. Tapi sejak dua menjak ni, tidur itu lebih bagus kot.haha.
Kalau tengokkan carta performance untuk bulan Mei ini, prestasinya agak menurun. Biasa Cik Nor updates pasal drama. Sejak MCO ni tak banyak drama baru kat TV. Kalau ada pun separuh jalan jer. Memang tak syok sangat kalau updates separuh jalan. Kalau Cik Nor buat pun pasal sinopsis dia jer.
Sekarang masih lagi dalam MCO, maka dalam cari kat blog Cik Nor sudah semestinya resepi. Walaupun resepi yang Cik Nor share sangat -sangat simple tapi tetap juga menjadi carian di google. Mana yang Cik Nor selalu masak, itulah yang selalu Cik Nor kongsi kat blog. Orang nak ke tidak, itu terpulang pada diri masaing-masing sebab ramai yang kongsi resepi yang best.
Sebut pasal resepi dah lama benar Cik Nor tak kongsi resepi kat blog Cik Nor ni. Dah boleh fikir nak kongsi resepi apa dalam masa terdekat ni. Kalau dapat kongsi satu resepi satu bulan pun dah bagus sangat kan. Berangan boleh tak kena bayar pun..hihi. InsyaAllah..akan diusahakan nanti.
Oklah. Cukup sampai disini dulu Cik Nor berceloteh. Jumpa lagi dalam entry akan datang.
Baca juga :Performance On Google Search For April 2021
Tahniahh kak
ReplyDelete