TOKIO MARINE LIFE DAN RHB MENYEDIAKAN JAMINAN PEMBAYARAN TUNAI PERTAMA DALAM INDUSTRI MENERUSI INSURANS HAYAT RHB TREASURE 100
Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd. (“Tokio Marine Life”) bersama rakan kongsi Banca insurans, Kumpulan Perbankan RHB (“RHB” atau “Kumpulan”) melancarkan RHB Treasure 100, suatu penyelesaian komprehensif insurans hayat yang menawarkan Jaminan Pembayaran Tunai seumur hidup yang pertama dalam industri sehingga usia 100 tahun, memeliharakekayaan para pemegang polisi dan pada masa yang sama menyediakan perlindungan insurans.
Jaminan Pembayaran Tunai seumur hidup berkenaan dilakukan setiap tahun mulai akhir tahun pertama polisi, sehingga mencecah usia 100 tahun untuk hayat yang menerima perlindungan insurans. Pemegang polisi RHB Treasure 100 boleh memilih untuk menerima bayaran tunai biasa, atau sebagai pilihan melabur semula bayaran tunai berkenaan dengan Tokio Marine Life untuk terus mengembang dan mengumpul kekayaan mereka. Polisi berkenaan menyepadukan perlindungan untuk kematian serta Ketidakupayaan Sepenuhnya dan Kekal, di samping tiga peruntukan tambahan pilihan untuk meningkatkan perlindungan hayat, termasuklahperlindungan hayat untuk kedua-dua pemegang polisi dan hayat yang diberikan perlindungan insurans bagi memperoleh perlindungan dan manfaat yang lebih meluas.
“Tokio Marine Life terus komited dengan kerjasama kami bersama RHB. Kami sentiasa bekerjasama untuk menyediakan penyelesaian insurans yang unik bagi meningkatkan kualiti kehidupan pemegang polisi kami dan pihakyang tersayang mereka. Menerusi RHB Treasure 100, kami menyediakan suatu pelan untuk memelihara kekayaan dan mengekalkan legasi untuk waris mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Tokio Marine Life, Encik Toi See Jong.
Mengenai pelancaran RHB Treasure 100, Ketua Perbankan Runcit Kumpulan Perbankan RHB, Rakesh Kaul, berkata,"RHB Treasure 100 menyediakan fleksibiliti kepada pemegang polisi dari segi memelihara komitmen kewangan yang ringkas dan mudah diurus, berserta pilihan syarat bayaran premium sama ada 5 tahun atau 10 tahun dan pada masa yang sama memelihara kekayaan dan menyediakan perlindungan sehingga usia 100 tahun. Tambahan yang tepat pada masanya kepada penyelesaian kekayaan RHBini membuka lebih banyak pilihan kepada para pelanggan kami, sekali gus membolehkan mereka menyesuaikannya dengan keperluan kewangan masing-masing. Kami mensasarkan untuk memperoleh sehingga 2,000 pemegang polisi baharu menerusi pelan ini bagi tempoh dua belas bulan akan datang.”
Bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pelanggan sepanjang pandemik COVID-19 yang kian berlarutan ini, Kumpulan Perbankan RHB danTokio Marine Lifetelah mengoptimumkan penggunaan platform digital mereka dalam menyediakan sokongan tanpa gangguan kepada pihak pelanggan bagi perkhidmatan polisi insurans, pembayaran tanpa tunai secara dalam talian yang selamat, penghantaran tuntutan secara dalam talian dan mendapatkan sejarah tuntutan.
Untuk maklumat lanjut
mengenai RHB
Treasure 100, sila klikdi sini.
Baca juga : Tokio Marine Life Malaysia Lancarkan Kempen JomVaccine
No comments