KOLABORASI PROMOSI PELANCONGAN ANTARABANGSA TOURISM SELANGOR DENGAN PEJABAT TOURISM MALAYSIA MEDAN
Webinar “Sesi Rindu Malaysia- The Uniqueness of Selangor” Bukti Fokus Tourism Selangor dalam Pasaran Pelancongan Antarabangsa
Pihak Tourism Selangor mengambil langkah proaktif
bekerjasama secara julung kalinya dengan pihak Pejabat Tourism Malaysia Medan sebagai
usaha untuk meneruskan aktiviti promosipelancongan antarabangsa Negeri Selangor
pasca pandemik Covid-19. Webinar “Sesi Rindu Malaysia – The Uniqueness of
Selangor” yang diadakan menerusi aplikasi ‘Zoom’ tersebut adalah
seiring dengan norma baharu serta merupkan inisiatif yang efektif dalam
menghubungkan penggiat industri pelancongan dua buah Negara.
Sesi Webinar tersebut turut menjadi bukti kepada dedikasi dan fokus Tourism Selangor dalam meneruskan usaha promosi pelancongan antarabangsa bagi pasaran Asia Tenggara, khususnya Republik Indonesia walaupun sempadan Negara belum dibuka untuk tujuan penerbangan komersil.
Sesi Webinar tersebut melibatkan seramai lebih 100 orang peserta dalam kalangan pegawai Pejabat Tourism Malaysia Medan, penggiatindustri pelancongan dari seluruh Republik Indonesia, delegasi Media, wakil Organisasi-organisasi setempat termasuk Badan Korporat, institusi pendidikan, serta orang awam. Manakali e-delegasidari Negeri Selangor terdiri dari 8 produk pelancongan Negeri Selangor, serta beberapa orang pegawai yang diketuai oleh Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor.
Tuan
Azrul Shah Mohamad dalam satu kenyataan berkata, “Sesi Webinar pada hari ini merupakan satu usaha baik yang dijalankan
untuk meneruskan aktiviti promosi pelancongan Negeri Selangor bagi
mengalu-alukan kedatangan pelancong dari Indonesia setelah pintu sempadan
dibuka kelak. Sesi ini turut memberikan maklumat dan informasi berkenaan
keadaan semasa produk-produk pelancongan Negeri Selangor yang bersedia untuk
menerima kedatangan pelancong khususnya dari Indonesia bila krisis Covid-19
semakin reda”.
Di kesempatan tersebut, Tuan Azrul Shah turut memperkenalkan Kempen “Splendid Selangor; Take Me Anywhere” yang memberi fokus kepada pasaran pelancongan antarabangsa.
“Cogan
kata ‘Splendid Selangor’ jelas merujuk kepada sebuah pengalaman penuh
mengujakan yang menanti para pelancong di Negeri Selangor.Mereka boleh menyokong kempen ini dengan mengunakan hashtag#SplendidSelangor
dan #TakeMeAnywhere pada posting media sosial mereka berkenaan
produk pelancongan Negeri Selangor, mahupun pengalaman mereka menerokai Negeri
ini pada masa akan datang”, tambah Tuan Azrul Shah.
Sesi Webinar tersebut dijalankan dalam format perbentangan dan taklimat produk pelancongan, sesi ‘Business to Business (B2B) dan juga beberapa aktiviti sampingan yang menarik seperti tanyangan video promosi pelancongandan cabutan bertuah. Antara segmentasi pelancongan yang diberi penekanan semasa sesi Webinar tersebut termasuk pelancongan berkonsepkan eko dengan senarai produk seperti Sky Mirror Kuala Selangor, Air Terjun Kanching, Sekinchan Ninja Private Kitchen dan Skytrex Sg Chongkak. Bagi segmentasi seterusnya iaitu taman tema, contoh produk pelancongan yang disebut adalah Sunway Lagoon, Bangi Wonderland, Gamuda Cove dan KidZania.
Segmentasi pelancongan medikal melihat seleksi produk
kesihatan Negeri Selangor seperti Subang Jaya Medical Centre, Alpha IVF
& Women's Specialist, Thomson Hospital Kota Damansara, Sunway MedicalCentre
dan Avisena Specialist Hospital. Bagi keluarga yang menemani bersama
ke Negeri Selangor, mereka boleh menghabiskan masa di Pusat Beli-belah seperti 1Utama
Shopping Centre, Sunway Pyramid, GM Klang Wholesale dan Mitsui Outlet
Park.
Manakala, untuk segmentasi pelancongan pendidikan, Negeri
Selangor terkenal dengan rantaian perpustakaan di bawah Perbadanan
Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), serta pelbagai insitusi pendidikan
tinggi yang terkemuka seperti Management & Science University (MSU).
Baca juga : Habiskan Masa Seharian Di Sabak Bernam, Selangor
No comments