TOURISM SELANGOR TERUSKAN PROMOSI PELANCONGAN DOMESTIK KOLABORASI DENGAN TOURISM MALAYSIA WILAYAH TENGAH
Sesi Webinar bersama Pejabat Tourism Malaysia Bahagian Domestik Diteruskan secara Bertumpu Melibatkan Penggiat Industri Pelancongan Seluruh Negara
Meneruskan inisiatif kolabarasi julung kali dengan pihak Pejabat
Tourism Malaysia Bahagian Domestik, Tourism Selangor kekal fokus dalam usaha
promosi pelancongan domestik secara atas talian, seiring dengan norma baharu.
Jika pada 22 Jun lalu, sesi Webinar “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” telah dilaksanakan bersama pegawai pihak Tourism Malaysia Wilayah Selatan serta penggiat industri pelancongan bertempat di selatan tanah air; terbaharu, pada 13 Julai pula telah diadakan sesi Webinar juga dengan tema yang sama bersama pihak Tourism Malaysia Wilayah Tengah dengan diketuai oleh Pengarahnya; Tuan Mohd Izal Bin Mohd Nor.
Aplikasi ‘Zoom’untuk sesi tersebut dilihat meriah
dengan penglibatan seramai hampir 50 orang yang terdiri dari penggiat industri
pelancongan bertempat di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Negeri Sembilan, serta tenaga pengajar dan pelajar dari Universiti Teknologi
Mara (UiTM) kampusPuncak Alam. Mereka tidak melepaskan peluang mengikuti
perkembangan semasa industri pelancongan Negeri Selangor pada sesi tersebut.
Penganjuran sesi Webinar bersiri ini adalah bagi menggantikan program dan aktiviti promosi secara fizikal seperti Pameran Pelancongan, Program Jelajah dan lawatan produk pelancongan yang sebelum ini dijadualkan tetapi tidak dapat dilaksanakan akibat penularan wabak Covid-19 di Negara ini.
Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor
dalam satu kenyataan berkata, “Saya melihat kepentingan bagi mengekalkan
hubungan baik serta sinergi antara pihak Tourism Selangor dan pihak Pejabat Tourism
Malaysia Domestik bagi melipat-ganda usaha untuk membangunkan semula industri
yang sangat terkesan dengan pandemik global, Covid-19”.
“Sesi Webinar pada hari ini adalah amat signifikan dalam mengemaskini maklumat dan informasi berkenaan keadaan industri pelancongan di Negeri Selangor serta produk-produk pelancongan di Negeri ini secara terus kepada wakil agensi pelancongan, khususnya yang bertempat di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan”, tambah Tuan Azrul Shah.
Sesi webinar tersebut dijalankan dalam format
perbentangan dan taklimat produk pelancongan, sesi ‘Business to Business
(B2B) dan juga beberapa aktiviti sampingan yang menarik seperti tanyangan
video promosi pelancongan dan sesi cabutan bertuah yang tentunya mengujakan.
Orang awam yang ingin menzahirkan sokongan terhadap Kempen “Nak Bercuti? PusingSelangor Dulu!” boleh berbuat demikian dengan meletakkan tandapagar #PusingSelangorDulu di hantaran laman media sosial mereka; khususnya yang mengiringi seleksi gambar atau video pengalaman mereka melancong ke Negeri Selangor.
Dalam pada situasi semasa Negara yang meletakkan
kebanyakan Negeri dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP); pihak Tourism Selangor baru-baru ini turut memperkenalkan tandapagar #ImagineNowExperienceSoon
di laman media sosial rasmi mereka.
Ianya bertujuan menggalakkan orang awam bagi mengambil
inspirasi dari hantaran dan perkongsian pihak Tourism Selangor mengenai
produk-produk pelancongan menarik di Negeri ini; dan hanya merancang percutian
ke tempat-tempat berikut setelah tempoh PKP tamat kelak. Namun, adalah harus
diingatkan, setiap pelancong di Negeri Selangor perlu mematuhi garis panduan
atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara demi
kesejahteraan bersama.
Baca juga : 6 Seni Bina Unik Di Negeri Selangor
tak sabar nak melancong melancong balik hehe
ReplyDeletehrp kobit segera berakhir dan kita dpt jln2 mcm dulu
ReplyDelete