Breaking News

DEMAM DURIAN: PENUHI KEINGINAN ANDA DAN DAPATKANNYA DI 7 LOKASI JUALAN DI NEGERI SELANGOR

 7 Lokasi ini Menawarkan Durian Pelbagai Jenis dengan Harga yang Amat Berpatutan!

Musim yang dinantikan sudah tiba dan kita semua menantikannya. Walaupun pergerakan masih dihadkan, tiada apa yang patut menghentikan kita dari mendapatkan Raja Buah; durian. Di bawah ini disertakan beberapa lokasi jualan di Negeri Selangor untuk anda mendapatkan pelbagai jenis durian dengan harga yang berpatutan. Ataupun, sebagai langkah yang selamat, perkhidmatan penghantaran juga ditawarkan untuk melindungi anda dan yang tersayang!

1)    Say Heng Durian Stall, Subang Jaya

Telah berada dalam perniagaan durian selama 20 tahun, syarikat ini menawarkan pelbagai jenis durian termasuk XO, Udang Merah, Tracka, Golden Phoenix dan sebagainya. Jika anda lebih berminat membeli melalui servis penghantaran, mereka juga ada menawarkan penghantaran sekitar Lembah Klang. Cuma pastikan anda membuat pesanan sebelum jam 3 petang dan penghantaran durian anda akan dilakukan pada hari yang sama. Jika anda berasa ragu-ragu untuk mendapatkan durian jenis apa, anda boleh layari laman sesawang mereka dan lihat di bahagian Galeri.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.sayhengdurian.com.my/atau hubungi+6012-9992333

2)    Durian Bear, Petaling Jaya

Syarikat yang terkenal yang menawarkan pelbagai jenis durian dengan perkhidmatanpelanggan yang amat memuaskan, Durian Bear bukan sahaja menawarkan durian, namun juga produk berasaskan durian seperti krepe durian, kek durian, cendol durian dan tempoyak. Laman sesawang mereka yang mudah digunakan lengkap dengan maklumat yang anda perlukan untuk membeli durian.

Syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan penghantaran ke kawasan Lembah Klang. Durian yang bakal dihantar juga akan melalui semakan kualiti terlebih dahulu sebelum dihantar ke rumah anda.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://durianbear.my/atau hubungi+6016-8947992

3)    Ezy Durian, Batu Caves

Ezy Durian adalah sebuah syarikat yang menjual pelbagai jenis durian yang terletak di Batu Caves, Selangor. Syarikat ini menjual pelbagai rangkaian durian termasuk jenis durian yang masih belum tiba musimnya seperti Durian Lipan Merah, Durian Balik Pulau, Durian D144 dan banyak lagi. Selain daripada mempunyai kedai yang tersendiri, syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan penghantaran.  Penempahan yang dibuat setiap hari daripada pelanggan akan dihantar pada hari yang sama 2 jam selepas penempahan dibuat. Kawasan penghantaran termasuk seluruh kawasan Lembah Klang. Jika anda peroleh durian yang sudah rosak, jangan risau syarikat ini menawarkan polisi untuk membantu anda mendapatkan pembayaran balik(refund).

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.ezydurian.com.my/atau hubungi+6011-2081 9711

 

4)    Pasar Tani Kekal Selayang

Bukan sahaja durian, malah anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis buah tempatan yang lain yang sudah tiba musimnya di Pasar Tani Kekal Selayang. Dibuka setiap hari dari jam 8pagi sehingga 4petang, buah-buahan yang boleh didapatkan disini termasuk manggis, langsat dan pelbagai jenis durian juga boleh dibeli secara borong. Semua buah-buahan yang dijual disini datang segar dari kebun tempatan yang terdaftar di bawah FAMA yang mana juga bertanggungjawab atas pengeksportan durian. Oleh itu, anda tidak perlu khuatir akan kualiti buah-buahan yang dijual disini.

 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +6019-6630733

 

5)    Berkeley Durian, Klang

Syarikat yang telah berada dalam industri jualan durian selama lebih dari 50 tahun sejak tahun 1975 ini juga menawarkan pelbagai jenis durian untuk warga Klang. Jenis durian yang dijual termasuk Udang Merah, D24, Butter King, Black Thorn dan banyak lagi. Baru-baru ini, syarikat ini mula menjual lebih banyak jenis buah termasuk avokado, strawberi, buah naga dan juga produk lain seperti telur organik.

Jika anda memerlukan perkhidmatan penghantaran, kedai mereka juga boleh didapati di aplikasi Grab dan anda boleh menikmati promosi diskaun disitu. Anda juga boleh membuat pengambilan sendiri (pickup) di kedai mereka yang terletak di Taman Berkeley, Klang yang dibuka setiap hari dari jam 8.30 am sehingga 10malam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +6016-6491511

6)    Durianity, Puchong

Terletak di IOI Boulevard, Puchong, syarikat ini mempunyai restoran yang anda boleh nikmati bukan sahaja durian segar tetapi termasuk juga juadah-juadah unik yang lain yang berasaskan durian. Juadah-juadah itu termasuk Piza Durian, Nasi Goreng Bersama Musang King, dan juga Kopi Musang King. Restoran yang berinsipirasikan durian ini juga menjual Musang King Raub yang popular, sepanjang tahun. Selain daripada menikmati makan mereka di restoran, produk-produk mereka juga boleh dibeli melalui aplikasi GrabFood. Anda boleh membuat pesanan anda berdasarkan menumereka yang serba lengkap di aplikasi tersebut. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +6012-5228611

7)    Durian Man, Petaling Jaya.

Durian Man dahulu adalah sebuah gerai yang kecil sejak tahun 1998 dan setelah beberapa tahun berlalu, syarikat ini telah membesar menjadi lokasi yang terkenal dalam kalangan peminat durian di Lembah Klang. Syarikat ini mempunyai premis yang selesa dan sesuai untuk keluarga dan kumpulan rakan-rakan untuk menikmati durian yang segar dari ladang secara hidang atau jamuan buffet. Durian Man juga giat menjalankan promosi di laman Facebook mereka melalui sesi siaran langsung untuk mengumumkan harga runtuh buat bagi produk durian seperti dari jenis Musang King.  

Untuk maklumat lanjut, sila layari:  https://www.durianmanss2.com/atau hubungi+6012-2345619

Terliur? Sudah tentu anda tidak perlu khuatir dimana anda perlu mendapatkan durian jika anda berada di Negeri Selangor kerana Negeri ini mempunyai banyak tempat yang menjual Raja Buah ini tidak kira bangunan kedai mahupun gerai-gerai khemah kecil yang banyak di tepi jalan. Anda juga tidak perlu risau kerana perkhidmatan penghantaran untuk buah durian juga turut ditawarkan untuk warga Lembah Klang. Cuma pastikan anda memeriksa durian dan tawar-menawar dengan peniaga untuk mendapatkan durian dengan harga yang terbaik.

Diingatkan juga kepada anda untuk sentiasa mengikuti SOP yang telah ditentukan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dimana sahaja anda pergi. Peraturan termasuklah seperti memakai topeng muka setiap masa, memastikan penjarakan sosial, menggunakan pembersih tangan dan mendaftar masuk ke premis di Negeri Selangor melalui aplikasi “SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat”.

Untuk mendapatkan inspirasi dalan merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor pada masa hadapan, anda boleh melayari laman sesawang rasmi Tourism Selangor www.selangor.travel atau anda juga boleh mengikuti hantaran atau posting pihak Tourism Selangor di laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube untuk kekal berinspirasi! #ImagineNowExperienceSoon.

Untuk informasi lanjut,layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel

Baca juga : 5 Cafe Estetik Dan Bergaya Negeri Selangor

5 comments: