Intisari Lockdown PKP 3.0 - 1 Jun 2021 Hingga 14 Jun 2021
Sumber Gambar dari google
Assalamualaikum..
Sempena lockdown yang bermula hari ini, meh Cik Nor kongsi dengan korang intisari antara perkhidmatan dan aktiviti yang dibenarkan sepanjang tempoh ini. Manalah tahu kot ada terlepas pandang. Kan tak pasal kena kompaun weh.
Senarai perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi:
Semua sektor ekonomi dan sosial tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh penutupan penuh Perintah Kawalan Pergerakan bagi tempoh 1 hingga 14 Jun kecuali 17 perkhidmatan yang ditetapkan kerajaan;
1) Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan
2) Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar
3) Air
4) Tenaga
5) Keselamatan security and safety, pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan
6) Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan
7) Pengangkutan melalui darat, air atau udara
8) Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman dan penyimpanan atau pemukalan komoditi
9) Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja
10) Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal
11) Kredit komuniti pajak gadai sahaja
12) E-dagang dan teknologi maklumat
13) Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir
14) Hotel dan penginapan hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan
15) Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
16) Perkhidmatan perhutanan terhad kepada penguatkuasaan dan hidupan liar
17) Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu
Sektor Perkilangan yang Dibenarkan
Semua sektor perkilangan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan penutupan penuh fasa pertama selama 14 hari yang bermula 1 hingga 14 Jun 2021.
Namun begitu, kelonggaran diberikan kepada sektor perkilangan sebagaimana berikut;
- Ero angkasa (komponen dan penyelenggaraan, baik pulih dan ‘overhaul’)
- Makanan dan Minuman
- Bahan pembungkusan dan percetakan berkaitan bahan makanan dan kesihatan.
- Barang-barang penjagaan diri
- Bahan pencuci
- Keluaran penjagaan kesihatan
- Perubatan.
Maklumat lain berkaitan SOP Total LockDown PKP 3.0
- ‘Lockdown’: Kompleks beli-belah ditutup kecuali premis pasar raya, pasar raya besar dan bahagian seksyen makanan dan minuman, serta keperluan asas
- Bantulah barisan hadapan selamatkan sistem kesihatan negara yang bakal lumpuh sekiranya kes COVID-19 tidak terkawal
- Penutupan penuh: Hanya 17 sektor perkhidmatan perlu dibenarkan beroperasi termasuk bank, penjagaan kesihatan, perkhidmatan kurier
- Lockdown’: Hotel dan penginapan dibenarkan beroperasi hanya bagi tujuan kuarantin
- Hanya 12 sektor perkilangan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh ‘total lockdown’ fasa pertama dengan kapasiti 60 peratus pekerja
- Lockdown’: Hanya dua orang termasuk pemandu dibenarkan dalam kenderaan persendirian bagi mendapatkan barang keperluan harian
- Mulai 1 Jun surat kebenaran bekerja, merentas daerah hanya dikeluarkan oleh kementerian yang berkaitan
- Lockdown’: Aktiviti riadah secara bersendirian dibenarkan hanya untuk jogging dan senaman tanpa sentuhan dengan had masa hingga 8 malam
- Lockdown’: Pergerakan untuk dapatkan khidmat kesihatan, perubatan dan barang keperluan harian dibenarkan dalam radius 10 KM atau terhampir dari kediaman
- Rentas negeri, daerah bagi pasangan jarak jauh tidak dibenarkan dalam tempoh ‘lockdown’ fasa pertama
Taklah TOTAL lockdown kan.. hihi, pihak kerajaan ni buat suspen saja..
ReplyDelete