6 DESTINASI MENARIK DI NEGERI SELANGOR YANG MUNGKIN TIDAK DIKETAHUI RAMAI
Permata Tersebunyi di Negeri Selangor untuk Dilawati bilaTamat Tempoh PKP - #ImagineNowExperienceSoon
Sememangnya kebanyakan dari kita rindu untuk kembali melancong dan bercuti. Pasti ramai yang merindukan pengalaman menikmati keindahan semulajadi, menyelusuri pantai yang indah dan berehat di tempat-tempat peranginan serba selesa. Rancang percutian anda bersama keluarga pada suatu masa kelak dengan mengambil inspirasi dari seleksi tempat pelancongan menarik di Negeri Selangor -#ImagineNowExperienceSoon.Teruskan membaca untuk 6 destinasi menarik di Negeri Selangor yang mungkin belum diketahui ramai namun ianya sesuai untuk dikunjungi oleh seisi keluarga dan rakan taulan.
1) Air Terjun Sungai Lepoh
Air Terjun Sungai Lepoh merupakan lokasi yang sesuai buat
penggemar aktiviti luar. Ianya terletak di Daerah Hulu Langat dan berhampiran
dengan Kampung Pangsoon. Juga dikenali sebagai Sungai Lopo ataupun Sungai Lepok,
lokasi ini dikelilingi dengan pemandangan alam semula jadi yang sangat cantik.
Selain itu, air terjun di Sungai Lepoh juga cukup indah dan mempunyaiair yang
jernih. Selain bermandi-manda, lokasi ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik
seperti aktiviti pendakian, berkelah dan “bird watching”.
2) Sky Mirror
Sky Mirror di Daerah Kuala Selangor juga dikenali sebagai
“Salar de Uyuni” Malaysia kerana menampilkan fenomena semula jadi seperti
yang terdapat di negara Bolivia. Terletak di tengah-tengah Selat Laut Melaka,
lokasi ini merupakan salah satu permata tersembunyi yang boleh dijumpai di Negeri
Selangor namun tidak ramai yang tahu. Tarikan ini hanya mampu muncul pada
tarikh dan waktu-waktu tertentu sahaja dalam bulan lunar iaitu semasa air surut
dan air tenang dari pukulan ombak. Anda perlu menaiki bot laju dari Jeti Sky
Mirror yang hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke lokasi
ini. Jangan lupa untuk datang dengan pakaian berwarna-warna untuk gambar yang
lebih menarik!
3) Empangan Sungai Selangor
Ramai yang
tidak tahu Empangan Sungai Selangor merupakan lokasi yang terbaik untuk
aktiviti “stargazing”. Ianya mula beroperasi sejak tahun 2003 dan terletak
kira-kira 5 kilometer dari Pekan Kuala Kubu Bharu. Aktiviti “stargazing” ini
sangat sesuai dijalankan di Empangan Sungai Selangor atas faktor kawasan empangan
ini yang tidak terdedah kepada pencahayaan luar. Selain itu, persekitaran
kawasan di sini juga sungguh menakjubkan dikelililingn dengan kehijauan alam semulajadi
serta bukit-bukau dan tasik yang mempesona.
4) Pantai Kelanang
Pantai Kelanang yang terletak di Daerah Kuala Langatini
hanya mengambil kira-kira 20 minit dari Pekan Banting. Ianya menyajikan pemandangan indah serta
dikelilingi pohon-pohon yang besar. Tidak ramai yang mengetahui tentang pantai
ini mungkin kerana lokasinya yang agak jauh ke kawasan pedalaman. Lokasi ini
tentunya menarik untuk mendapatkan ketenangan minda dengan diiringi angin
sepoi-sepoi bahasa. Ianya juga sesuai dijadikan lokasi untuk berkelah bersama
keluarga atau rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menikmati pemandangan lautan
yang mempersonakan sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang
menakjubkan.
5)
Secret
Garden @ 1 Utama Shopping Centre
Secret Garden yang terletak ditingkat teratas pusat beli-belah1 Utama Shopping Centreini mempunyai keluasan sebanyak 35 meter atau 30,000 kaki persegi. Mempamerkan kepada anda lebih daripada 500 spesis flora eksotik, setiap tanaman di sini ditanam dalam tanah bio-karbon dan dipelihara dengan teliti oleh pasukan ahli botani terkenal. Kemasukan ke Secret Garden adalah percuma dan hanya dibuka bermula jam 10am-10pm pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum sahaja.
6)
Bukit Gasing
Bukit Gasing merupakan lokasi hijau yang terletak di ibu kota. Berdekatan dengan Bandar Petaling Jaya, Bukit Gasing termasuk di dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Gasing. Lokasi ini sesuai dijadikan lokasi untuk aktiviti riadah seperti aktiviti pendakian yang sering menjadi pilihan pendaki amatur. Kawasan hutan di sini merangkumi seluas kira-kira 52 hektar dengan ketinggian 164 meter. Menariknya, anda boleh menikmati pemandangan dan panorama indah bangunan pencakar langit yang terdapat di ibu kotaselepas menjejakkan kaki di puncak bukit ini.
Pasti ada dari destinasi yang disenaraikan yang tidak
anda ketahui kewujudannya sebelum ini di Negeri Selangor. Negeri ini tentunya
memiliki keunikan tersendiri dengan keindahan alam semulajadi yang menenangkan.
Adalah diingatkan, lawati destinasi yang tersenarai di atas hanya selepas tamat
tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ambil inspirasi buat masa
sekarang dan#ImagineNowExperienceSoon.
Disamping itu, setiap pengunjung haruslah sentiasa mematuhi
garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan
Negara. Pengunjung harus mendaftar melalui aplikasi mudah alih “SElangkah:Langkah
Masuk Dengan Selamat”, memastikan penjarakan sosial, menggunakan cecair
pembasmi kuman secara berkala dan memakai pelitup muka pada setiap masa demi
kesejahteraan bersama.
Untuk informasi lanjut,layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Baca juga : Selangor - Cultural Diversity At Its Best
Mostly tempat yang saya tak pernah pergi lagi..
ReplyDeleteTerima kasih infonya kak.. :D
Menarik..apapun hati2 masa ini ya negera LOCKDOWN dua minggu
ReplyDeleteBanyak tempat menarik kat selangor yang CCL tak sempat jejak kaki lagi
ReplyDeleteSemua tempat yang disenaraikan belum pernah saya pergi. Entah bila ada peluang ke sana
ReplyDelete