Tokio Marine Life Malaysia Melancarkan Kempen JomVaccine Yang Berevolusi Bagi Menggalakkan Vaksinasi Untuk Semua Anak-Anak Malaysia!
Mereka berjaya lagi! Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd. (Tokio Marine Life) telah melancarkan Kempen JomVaccine untuk semua anak-anak Malaysia. Menariknya, kempen ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia, termasuk yang bukan pelanggannya.
Dengan kenaikan kes COVID-19 baru-baru ini, tidak menghairankan bahawa vaksinasi semakin mendesak dan sangat penting ketika ini. Oleh itu, sempena pelancaran Kempen JomVaccine, Tokio Marine Life ingin menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk kekal selamat sambil mendapatkan vaksin mereka. Apakahsebenarnya Kempen JomVaccine? Kempen JomVaccine menawarkan perlindungan PERCUMA untuk rakyat Malaysia yang mengalami kesan sampingan akibat daripada vaksinasi COVID-19 yang diterima.
Bagi bukan pelanggan Tokio Marine Life pula, Tokio Marine Life akan membayar pendapatan harian sebanyak RM120 (sehingga 5 hari) jika seseorang itu dimasukkan ke hospital dan RM5,000 sekiranya orang itu meninggal dunia kerana kesan sampingan vaksin COVID-19. Rakyat Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun boleh mendaftar untuk Kempen JomVaccine ini secara PERCUMA. Perlindungan percuma ini ditawarkan sehingga 31 Disember 2021 atau apabila jumlah RM500,000 telah dihauskan, bergantung kepada yang mana yang lebih awal.
Begitu juga, faedah yang ditawarkan kepada pelanggan Tokio Marine Life yang aktif adalah lebih daripada dua kali ganda. Seorang pelanggan layak menerima pendapatan harian sebanyak RM240 (sehingga 7 hari) sekiranya dimasukkan ke hospital dan RM12,000faedah kematian disebabkan kesan sampingan vaksinasi COVID-19. Perlindungan percuma ini ditawarkan sehingga 31 Disember 2021 atau apabila jumlah RM500,000 telah dihauskan, , bergantung kepada yang mana yang lebih awal.
Kempen JomVaccine adalah inisiatif tambahan khas di bawah Dana Bantuan Perubatan Tokio Marine COVID-19 bernilai RM5 juta yang dilancarkan pada awal tahun 2021 untuk meringankan beban pelanggan. Sekiranya pelanggan pelan perubatan yang layak dimasukkan ke hospital swasta sebagai pesakit COVID-19 Kategori 3, 4 dan 5, dana ini akan membayar balik perbelanjaan perubatan masing-masing berjumlah sehingga RM5,000, RM10,000 dan RM20,000. Sebagai tambahan, jika pelanggan pelan perubatan yang memenuhi syarat dimasukkan ke mana-mana hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang disebabkan oleh kesan sampingan akibat vaksinasi COVID-19, dana ini akan membayar balik perbelanjaan perubatan yang dikeluarkan sehingga RM5,000.
"Di Tokio Marine Life, kami ‘Look Beyond Profit’ dan bertindak dengan penuhintegriti bagi kepentingan pelanggan, rakan perniagaan dan masyarakat kami. Kami dengan senang hati memberikan sokongan kepada semua anak-anak Malaysia untuk melalui kesulitan ini bersama-sama. Sebagai rakyat Malaysia, adalah tugas kita untuk salingmenjaga satu sama lain. Oleh itu, sebagai syarikat yang bertanggungjawab, kami sangat berbesar hati untuk memberikan sokongan kepada semua pelanggan kami dan semua anak-anak Malaysia dengan melancarkan Kempen JomVaccine ini. Kami juga menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk bekerjasama bagi mengatasi pandemik COVID-19. Bersama-sama, kita boleh melintasi sebarang kesulitan! " kata Encik Toi See Jong, Ketua Pegawai Eksekutif Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd.
Imbas di sini untuk mendaftar sekarang
No comments