Breaking News

I Can See Your Voice Malaysia ( Musim 4) - Edisi Raya


Assalamualaikum..

Rasa macam lama dah tak update blog. Macam ni lah kalau penyakit M dah menguasai diri. Nak buka laptop pun malas ni. Entry terakhir bulan ini Cik Nor tutup dengan rancangan kegemaran Cik Nor iaitu I Can See Your Voice  Malaysia musim 4.

Rancangan ini dimulakan dengan edisi raya dimana ia disiarkan pada malam hari raya ke 4. Masih mengekal kan Sean Lee dan Shuk Sahar sebagai pengacara, Untuk minggu ini panel penyiasatnya ada 6 orang.  4 muka lama dan 2 muka baru. Bukan main kecoh lagi pentas ICSYVM musim 4 ini.

Panel penyiasat lama terdiri daripada Jihan Muse, Mark Adam, Seelan Paul & Yusry KRU. Manakala muka baru pula ialah Alif Satar dan Fad Bocey. Rasa macam tak best sikit musim ni sebab Mark Adam dah tak ada. Tengok Alif dan Fad macam bosan jer. Tak ada sense of humour langsung.hihi.

Manakala juri jemputan pada minggu ini ialah kumpulan Floor 88. Kemain kecoh lagi dengan ahli kumpulan dia yang ramai tu. Kalau dalam musim sebelum ini mereka silap membuat pilihana dimana mereka memilih penyamar sebagai pasangan duet mereka. Sampai torgolek semuanya gelak. Kali ni mereka bernasib baik kerana tidak tidak tersilap membuat tekaan lagi. Tahniah Floor 88.

No comments