5 CARA UNTUK MENYAMBUT HARI BAPA DENGAN LEBIH BERMAKNA
Beri Layanan Istimewa buat Ayahanda Tercinta dengan Melakukan Aktiviti Bersama di Negeri Selangor
Hari Bapa merupakan hari istimewa yang disambut pada 20 Jun tahun ini untuk meraikan seorang insan yang istimewa dalam keluarga yang digelar sebagai “Ayah”. Ayah merupakan seorang ketua keluarga dan yang paling banyak berkorban masa dan tenaga bagi membesarkan anak-anak serta demi menjamin masa depan yang terbaik untuk mereka. Gembirakan Ayah anda dengan merancang pelbagai aktiviti menarik bersama di Negeri Selangor. Jadikan aktiviti yang tersenarai di bawah sebagai inspirasi pada masa akan datang(#ImagineNowExperienceSoon), dan tebus semula momen Hari Bapa yang jatuh dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun ini pada masa kelak.
1) Memancing di Pulau Ketam, Pelabuhan Klang
Sediakan peralatan memancing anda seperti joran, umpan, mata kail dan sebagainya. Pulau Ketam yang terletak berhampiran dengan Pelabuhan Klang adalah lokasi tumpuan bagi kaki pancing. Pulau ini adalah sebuah pulau bakau yang dikelilingi dengan kawasan lumpur. Terdapat empat perkampungan nelayan di sekitar pulau ini iaitu Perbandaran Pulau Ketam, Bagan Teo Chew, Sungai Dua dan Sungai Lima. Habiskan masa lapang dengan memancing bersama Ayah anda dan berkongsi cerita terbaharu masing-masing sambil bersantai di sini!
2) Berbasikal di Forest Research Institute
Malaysia (FRIM), Kepong
Aktiviti berbasikal merupakan salah satu cara mudah untuk beriadah disamping ianya bagus untuk kesihatan. Ajak Ayah anda berbasikal di FRIM, Kepong yang terletak di Daerah Gombak yang menyediakan laluan trek dalam kawasan kampus dengan dikelilingi keindahan semulajadi. Aktiviti berbasikal sangat menyeronokkan dan mampu mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan.Di sinilah anda dapat meluangkan masa bersama Ayah mahupun seisi keluarga anda!
3) Santai Berkelah di Air Terjun Sungai Tekala,
Hulu Langat
Sekiranya Ayah anda lebih cenderung kepada aktiviti yang tidak memerlukan banyak tenaga, aktiviti berkelah di Air Terjun Sungai Tekala merupakan pilihan yang tepat! Air terjun di sini cukup sinonim dan popular di Negeri Selangor dengan kejernihan yang pasti memikat hati. Kedalaman air yang cetek dan arus yang tidak deras menjadikan lokasi ini sesuai untuk bermandi-manda. Namun begitu, kemudahan dan kelestarian yang disediakan di siniharuslah dijaga dengan baik oleh semua pengunjung.
4)
Aktiviti
Memerhati Burung di Paya Indah Discovery Wetlands
Bawa teropong khas dan luangkan masa anda bersama Ayah dengan melakukan aktiviti riadah seperti memerhati burung di Paya Indah Discovery Wetlands. Anda akan dapat menyaksikan pemandangan dari menara pemerhati yang menawarkan pemandangan 360 darjah ke seluruh kawasan. Dianggarkan, sebanyak 213 spesis burung boleh ditemui di sini menjadikan aktiviti ini suatu yang mengujakan.
5)
Santai Petang di Holy Smoke Cafe, Shah
Alam
Bersantai sambil minum petang merupakan perkara yang paling mudah untuk meluangkan masa bersama Ayah. Holy Smoke Cafe yang terletak di Shah Alam, menawarkan kualiti masakan yang tinggi pada harga yang berpatutan. Kafe ini mempunyai reka bentuk dalaman berkonsepkan retro-moden yang pastinya membangkitkan suasana yang tersendiri serta memberikan pengalaman yang unik. Pengisian masa terluang di sini akan memberi ruang untuk anda mengeratkan hubungan silaturahim bersama keluarga, khususnya Ayah anda.
Luangkan masa bersama Ayah anda dengan melakukan aktiviti
menarik di Negeri Selangor setelah tamat tempoh pelaksanaan PKP nanti. Semoga
idea yang disenaraikan ini mampu memberikan kenangan manis, walaupun aktiviti
sempena sambutan Hari Bapa bersama Ayah anda tahun ini ditangguhkan pada suatu
masa kelak. Jadikan ianya inspirasi buat masa sekarang dengan #ImagineNowExperienceSoon.
Namun, adalah diingatkan, kita perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Sentiasa pastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka, memakai cecair pembasmi kuman secara berkala dan mendaftar melalui aplikasi mudah alih “SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat” ketika melangkah masuk ke premis-premis di Negeri Selangor.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Baca juga : Pertandingan Pithcing Pelan Pemulihan Pelancongan
esk 20 june
ReplyDeletekena belanja en somi mkn la ni
Tapi sekarang PKP, nak keluar celebrate makan kat kedai je pun tak dapat. Sedih kan :(
ReplyDeleteWuwuu rindu arwah ayah. Cuma mampu sedekah alfatihah buat arwah
ReplyDelete