Breaking News

Kejadian Sebelum PKP Di Istihar


Assalamualaikum...

Kejadian ni dah lama sebenarmya iaitu sebelum PKP di istiharkan. Kalau tak silap sehari sebelum PKP kot. Tapi dah empunya blog ada penyakit M maka hari ni baru publish cerita ni. hehe. Inilah kali terakhir kami makan kat luar dan sampai sekarang masih belum makan kat luar lagi. Bukan apa berhati-hati sehingga wabak ini betul-betul clear. Baik masak dan makan kat rumah dari cari penyakit yang tidak di undang.huhu


Tempat kami makan ni kat Pasir Putih dan kami bertolak dari rumah selepas asar. Sebenarnya kami ke sana sebab cafe tu ada buat promosi sempena cuti sekolah. Diaorang buat promosi chicken chop serendah RM3.00 untuk satu hidangan seorang makan. Agak berbaloi jugak kat datang dari jauh dengan harga makanan murah dan portian yang sampai agak banyak jugak la.

Kami pergi berlima dengan Cik Nor sebagai pemandu, adik, mak dan 2 orang anak buah.  Sampai sana agak lewat juga la dan orang pun dah ramai. Tapi kami tak perlu menunggu lama sebab diorang serve mengikut turm pelanggan yang datang. Hanya chicken chop sahaja yang ada promosi sebenarnya dan lain-lain menu harga yang sama. hehe. Kami ke sana sebab nak cuba chicken chop murah tu jer. Not bad  la rasanya dengan harga yang ditawarkan.


Masa pinggan pertama chicken chop sampai kami agak terkejut kerana portion dia agak sikit. Masa tu dah pandang sesama sendiri sebab rasa tak berbaloi kalau sikit sahaja portionnya. Tapi sangkaan kami tu meleset sebab waiter tu tersilap hantar order. Yang portion sikit tu order yang meja lain rupanya. Maka dia gantikan pinggan yang tersilap itu dengan pinggan yang lain. Fuhh..berdebar pulak rasa bila tersilap hantar order ni.hehe



Tengok la pinggan masing-masing dah licin semuanya. Anak buah siap  order char kuey teaw dan fries kot. Semuanya licin sebab dah time makan malam kot..lapar..haha. Kami bertolak balik selepas solat magrib dan tiba di rumah lebih kurang pukul 9 malam. Sebelum tu sempat singgh beli pulut ikan bakar untuk yang tak keluar makan ni.

Moga wabak Covid19 ni cepat lenyap dari muka bumi ini supaya kita tidak rasa terhad untuk kemana-mana bersama keluarga.

3 comments:

  1. salah satu nikmat yang tidak dapat dinafikan..

    nikmat makan

    ReplyDelete
  2. RM3?berbaloi sangat tu. Dari segi rasa tu win-win la..sebab murah. Tapi kalau sedap, kira okey sangat tu. Ikhlas lah promosi yang kedai ni buat.

    ReplyDelete