Breaking News

PERTANDINGAN PITCHING PELAN PEMULIHAN PELANCONGAN DOMESTIK NEGERI SELANGOR YANG TIDAK HARUS DILEPAS PANDANG

20 Kertas Kerja Paling Komprehensif akan Diumumkan sebagai Pemenang pada bulan September dengan Membawa Pulang Geran Projek Bernilai RM 150,000

Panggilan untuk individu berfikiran inovatif ke arah memperkukuh sektor pelancongan domestik; inilah masanya untuk anda bersinar dan berpeluang memenangi hadiah yang menarik! Jabatan Pembangunan Industri, Tourism Selangor sedang menganjurkan Pertandingan Pitching Pelan Pemulihan Sektor Pelancongan Domestik Negeri Selangor. Pelan Pemulihan ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan semula sektor pelancongan domestik di Negeri Selangor melalui pendekatan yang efektif berdasarkan norma baharu atau melalui inisiatif yang menjurus ke arah mengatasi impak dari pandemik Covid-19. Kertas Kerja atau pitching tersebut haruslah memberi tumpuan kepada salah satu daripada tiga kategori ini; “Kreatif dan Inovasi Pelancongan”, “Kelangsungan Pelancongan atau Sustainable Tourismatau Digitalisasi Pelancongan.

Persiapan dan perancangan yang teratur amatlah penting dalam menentukan hala tuju industri pelancongan kerana pandemik ini dijangka akan memberi kesan kepada semua sehingga tahun 2022; atau sehingga sekurang-kurangnya 80% dari populasi penduduk Malaysia telah menerima dos vaksin Covid-19.


Pertandingan pitching ini juga membuka ruang kepada penggiat industri pelancongan dan seluruh masyarakat untuk tampil dengan idea-idea menarik dalam mengekalkan kelangsungan industri ini terutamanya di Negeri Selangor. Kertas kerja atau pitching ini boleh disampaikan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dan perlu merangkumi aspek dalam mengembalikan keyakinan rakyat dan pelancong untuk melancong ke Negeri Selangor; serta menjadikan Negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia.

Pertandingan yang bermula pada 14 Jun dan akan berakhir pada 31 Julai ini menyasarkan sekurang-kurangnya 50 penyertaan daripada orang ramai, penggiat industri pelancongan, Non-Profit Organizations (NGO), Persatuan, Universiti dan Kolej, Pemandu Pelancong Berdaftar dan Hos Komuniti Setempat.

30 kertas kerja akan dipilih untuk disenarai-pendek pada bulan Ogos ini, dan pada bulan September, 20 kertas kerja dari jumlah ini akan diumumkan sebagai salah sebuah pemenang dari 10 pemenang kategori utama dan 10 kategori saguhati.

Ya, benar. Tourism Selangor menawarkan sebanyak 20 hadiah kemenangan berupa Geran Projek bernilai RM150,000 untuk pertandingan ini!10 pemenang utama akan membawa pulang Geran Projek bernilai RM10,000 setiap seorang, manakala 10 pemenang saguhati pula akan membawa pulang Geran Projek bernilai RM5,000 setiap seorang. Para pemenang juga turut berpeluang membentangkan hasil Projek mereka di Tourism Selangor Global Convention 2021 yang akan dianjurkan pada bulan November ini.

Jangan tunggu lagi dan usah lepaskan peluang ini!  Untuk informasi lanjut mengenai pertandingan, peraturan dan borang penyertaan, sila layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di www.selangor.travel. Anda juga boleh menghantar e-mel ke industrial@tourismselangor.my, atau menghubungi pegawai Tourism Selangor; Encik Mohd Izzul Izzat di talian 6016-207 6972 atau Cik Ng Yik Thim  di talian 6011-6366 8098.

Curahkan idea menarik anda dan sertai pertandingan ini sekarang untuk merealisasikan impian anda!

Baca juga : Habiskan Masa Sehari Di Negeri Selangor

1 comment: