Produk Organik Dari Urban Ecolife Agro Farm Bagus Untuk Kesihatan Anda
Assalamualaikum..
Zaman sekarang ramai yang mencari produk organik yang tidak menggunakan bahan-bahan kimia dalam pembuatan ataupun penanaman. Semua ini kerana ramai yang ingin menjaga kesihatan terutama yang telah berusia. Mereka akan menitikberat hal kesihatan disamping mengamalkan cara hidup sihat. Ini kerana mereka bimbang, mereka akan mudah terdedah kepada penyakit sekiranya tidak mengamalkan cara hidup sihat sepanjang hayat mereka.
Oleh yang demikian Urban Ecolife Agro Farm mengambil inisiatif untuk mengeluarkan produk yang berasaskan bahan-bahan organik tanpa menggunakan bahan kimia seperti racun ataupun baja kimia yang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia. Kesemua produk dan juga tanaman yang di hasilkan berasaskan bahan semula jadi yang di olah dari bahan-bahan yang ada di sekitar ladang dan dihasilkan sendiri dengan memelihara atau menanam.
Bagi yang ingin kenal dengan lebih dekat Urban Ecolife Agro Farm, jom ceritakan serba sedikit tentang Urban Ecolife Agro Farm ini. Urban Ecolife Argofarm adalah sebahagian daripada Yayasan Permakultur Ecolife. Mereka mempelopori bidang " Regenerative Agriculture 4.0" yang berdasarkan pada teknologi Elit (Ecolife Integrated Technology). Sistem ELIT ini dapat menyediakan pertanian lestari untuk pengeluaran sayur-sayuran organik, buah-buahan, makanan, ikan dan unggas.
Mereka juga menawarkan madu segar dan madu asli di Hiking Ecolife, Fresh Madu Kelulut dengan Wheat Grass juice Hill di Cafe @ Bukit Tabur Ampang Jaya Gombak, Selangor. Anda juga dapat berseronok dengan keluarga dan menikmati udara segar di Agrofarm Ecolife @ Bukit Tabur Kuala Lumpur. Makan makanan Microgreen sihat di Ecolife Hilltop Cafe dan pelbagai lagi.
Cik Nor berpeluang untuk merasai sendiri produk-produk yang dihasilkan oleh Urban Ecolife Agro Farm ini. Sepatutnya Cik Nor dapat merasai makanan organik di cafe mereka yang terletak di Gombak tetapi disebabkan jauh dan musim pendemik jadi tidak kesampaianlah nak mencubanya. Cik Nor dapat cuba Madu Apis Mellifera, Minyak Kelapa Dara, Serbuk Campuran Herba Atasi Sakit Sendi dan Sebuk Campuran Herba Untuk Kesihatan Holistik.
Madu Apis Mellifera
Khasiat :
* Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan.
* Membantu melegakan ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan
* Bertindak sebagai antibiotic semulajadi.
* Membantu mengurangkan batuk atau masalah sakit tekak.
* Membantu menjaga kesihatan kulit agar lebih cantik
* Membantu dalam melancarkan sistem pencernaan.
* Sesuai untuk dijadikan pengganti gula.
Cara pengambilannya :
Ambil 1 sudu 2 kali sehari. Jangan lupa guna sudu plastik yer.
Serbuk Campuran Herba Atasi Sakit Sendi
Khasiat :
a) Membantu mengurangkan paras asid urik di dalam badan serta sesuai untuk masalah sakit sendi
b) Membantu mengatasi masalah buah pinggang
c) Mempunyai ciri-ciri anti-bakteria, anti bengkak dan penahan sakit.
Cara pengambilannya :
Ambil 1 sudu Serbuk Campuran Herba Atasi Sakit Sendi dan 2 sudu Madu Apis Mellifera atau Madu Kelulut Asli campur dengan 1 cawan air. Kacau atau shake sehingga larut dan minum.
Untuk smoothie : Campur 1 sudu serbuk herba bersama 1 cawan air serta beberapa ketul ais dan blend. Boleh jugak kalau nak tambah Madu.
Serbuk Campuran Herba Untuk Kesihatan Holistik
Khasiat :
1. Kaya dengan khasiat untuk kesihatan holistik
2. Membantu meningkatkan tenaga zahir dan batin
3. Mengandungi unsur anti-penuaan, sekaligus ia membolehkan ia menjadi bahan awet muda
4. Membantu meningkatkan metabolisma, antioksida
5. Membantu menurunkan kadar kolestrol
Cara pengambilannya :
Ambil 1 sudu Serbuk Campuran Herba untuk kesihatan Holistik dan 2 sudu Madu Apis Mellifera atau Madu Kelulut Asli campur dengan 1 cawan air. Kacau atau shake sehingga larut dan minum.
Untuk smoothie : Campur 1 sudu serbuk herba bersama 1 cawan air serta beberapa ketul ais dan blend. Boleh jugak kalau nak tambah Madu.
Minyak Kelapa Dara
Khasiat :
- Membantu meningkatkan metabolisma badan dan membantu menurunkan berat badan
- Mengurangkan masalah jantung.
- Membantu menjaga kesihatan kulit agar sentiasa lembut dan sihat
- Membantu menjaga kesihatan rambut agar tetap subur, sihat dan mudah diurus
- Membantu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan kedutan kulit
- Menstabilkan kadar gula dalam darah
- Memperbaiki sistem penghadaman dan membantu penyerapan nutrisi
- Melindungi dan menjaga kesihatan buah pinggang
Cara penggunaanya :
Ambil 1 sudu minyak kelapa dara dicampur dengan segelas air dan minum 2 kali sehari. Boleh juga disapu pada kulit atau di buat dressing dalam salad.
Korang jangan risau kerana produk-produk ini adalah produk muslim yang di asaskan oleh Dr. Abdul Aziz Azimuth. Beliau merupakan pengasas produk Dr. Azimuth. Mesti korang kena siapa pengasas produk Dr.Azimuth yang biasa keluar kat dada-dada majalah dengan pelbagai produk kesihatan beliau.
Bukan setakat produk untuk kesihatan sahaja yang korang boleh dapat di Urban Ecolife Agro Farm tapi korang juga boleh dapatkan baja-baja organik dan juga sayur - sayur organik sekiranya korang datang ke ladang mereka yang terletak di Gombak, Selangor dan Mersing, Johor.
Cik Nor dah cuba produk-produk dari Urban Ecolife Agro Farm ini. Memang lain dari yang lain produk yang dihasilkan. Banyak khasiat yang kita boleh dapat. Korang kalau berminat nak datang ke ladang mereka selepas PKP ni atau nak dapatkan produk mereka, bolehla layari :
Website : www.urbanecolifeagrofarm.com
Facebook : www.facebook.com/urbanecolifeagrofarm
Instagram : www.instagram.com/urbanecolifehq
Wow bagus produk-produk dari Urban Ecolife Agro Farm ni
ReplyDelete