ORYN Skincare Mengembalikan Keremajaan Kulit Muka Anda
Assalamualaikum...
Bila usia makin meningkat, kulit wajah mesti makin banyak masalah kan? Buntu juga nak mencari skincare yang sesuai untuk mengembalikan keremajaan kulit muka seperti waktu muda dulu. Tambah pula dengan cuaca yang tidak menentu sekarang, makin cepat masalah kulit terjadi. Oleh yang demikian kulit muka memerlukan perlindungan yang baik supaya masalah yang sama terjadi.
Akhirnya Cik Nor temui juga set skincare yang dapat membantu menangani masalah kulit muka ini. ORYN Skincare adalah set lengkap penjagaan muka buat mereka yang mengalami masalah muka seperti jerawat, bintik hitam, bekas paru jerawat, kesan breakout dan lain-lain lagi. Set ini mengandungi Hydrabright Cleanser, Hydrabright Moisturizer dan Hydrabright Clear Gel ( untuk jerawat, whitehead dan blackhead).
Jom kita kenal dengan lebih dekat lagi satu persatu produk yang ada dalan ORYN Skincare ini. Kita mulakan dengan Hydrabright Cleanser. Pembersih muka ini diformulasi untuk membantu membersihkan, menghidrat dan mencerahkan kulit muka anda. Ia mempunyai buih yang kurang untuk mengurangkan kulit menjadi kering dengan mengekalkan tahap kelembapan yang optimun supaya kulit anda terasa bersih sempurna.
Ia mengandungi bahan-bahan berikut :
1. Vitamin C : Ia membantu memperbaiki struktur kulit yang berjerawat. Ia juga membantu meratakan warna kulit dan mencerahkan kulit.
2. Sodium Hyaluronate + Panthenol : Membantu melembapkan dan mengelakkan kulit anda menjadi kering atau pecah.
3. Niacinamide : Membantu mengecilkan liang pori yang membesar, mengurangkan masalah jerawat, dan membantu merawat kulit yang rosak.
4. Saccharide Isomerate : Membantu memberi penghidratan yang cepat dan tahan lama.
5. Natural Phyto : Membantu dalam pertumbuhan kulit dan mengurangkan kegatalan atau kerengsaan pada kulit sensitif.
Cara menggunakannya :
Seperti biasa muka mestilah dibasahkan terlebih dahulu. Pam 1atau 2 kali ORYN Hydrabright Cleanser ke atas tapak tangan, kemudian sapu keseluruh wajah dan urut perlahan-lahan dengan gerakan bulat sehingga buih berkurangan. Jangan lupa bila dengan air suam yer. Untuk hasil yang terbaik gunakan bersama ORYN 5-in-1 HydraBright Moisturizer selepas mencuci muka dengan ORYN HydraBright Cleanser. Ini kerana ia akan memberikan penghidratan yang lebih kuat pada kulit anda.
Pasti korang teruja melihat hasilnya kan selepas menggunakan ORYN HydraBright Cleanser. Kulit muka anda akan kelihatan kurang berminyak, kulit lebih segar dan anjal. Korang juga pasti dapat merasai kulit muka bersih sempurna tanpa ada pengeringan kulit berlaku pada kulit muka.
Produk ke 2 ialah 5-In-1 HydraBright Moisturizer merupakan pelembap premium yang diperkaya dengan pelbagi ramuan baru untuk memberi penghidratan yang tinggi, mengurangkan tanda-tanda permulaan penuaan supaya kulit berseri dan kelihatan muda sentiasa. Ia juga membantu mencerahkan kulit perlahan dan secara semulajadi.
Bahan-bahan yang terkandung dalam 5-In-1 HydraBright Moisturizer ini keseluruhannya bagus untuk kulit. Antaranya ialah :
- Vitamin C : Meningkatkan pertumbuhan kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit dan antioksidan yang sangat baik, Ia mengurangkan garis-garis halus dan memperbaiki struktur kulit yang berjerawat serta membantu meratakan warna kulit dan mencerahkan kulit.
- Sodium Hyaluronate + Panthenol : Membantu kulit anda mengekalkan kelembapan lebih lama - ia melembapkan dan mencegah kulit anda daripada terlalu kering atau pecah.
- Niacinamide : Membantu mengurangkan liang pori yang membesar, mengurangkan masalah jerawat, memperbaiki warna kulit yang tidak rata, mengurangkan garis halus dan kedutan dan membantu merawat kulit yang rosak.
- Saccharide Isomerate : Bahan semula jadi 100% ini mengikat pada lapisan luar kulit, memberikan penghidratan tinggi yang cepat dan tahan lama sehingga 12 jam.
- Natural Phyto : Mengandungi Comfrey Plant dan Aloe Vera yang bertindak sebagai agen anti-radang, pelindung kulit, membantu pembaharuan kulit dan mengurangkan kulit kering atau kerengsaan pada kulit sensitif.
- Hexapeptide : Peptida pertama untuk mengurangkan kedutan ekspresi yang berfungsi sama dengan Botox tetapi lebih selamat dan lebih lancar. Peptida anti-kedut ini mengurangkan penampilan jumlah dan panjang kedutan hanya selepas 1 minggu.
- Membantu melawan jerawat
- Mengurangkan parut jerawat
- Mengurangkan bintik-bintik hitam
- Membantu mencegah noda
- Membantu mengurangkan breakout
- Vitamin C : Membantu mengurangkan penampakan cela kulit, mengawal pengeluaran sebum, dan mencerahkan bintik-bintik gelap.
- Silanediol Salicylate : Mengandungi bahan Anti Radang dan Anti Bebas Radikal yang membantu merawat masalah kemerahan dan jerawat yang baru tumbuh.
- Ekstrak Aloe Vera : Bahan semula jadi yang membantu menenangkan dan mengurangkan kegatalan pada kulit.
- Niacinamide : Membantu mengurangkan pori-pori yang membesar dan mengurangkan pengeluaran sebum yang menyebabkan jerawat.
- Allantoin : Mengandungi sebatian semula jadi yang membantu menenangkan, menjana semula, dan menyembuhkan kulit.
jenama baru ke ciknor yang ni??
ReplyDeletesaya pun pakai ni jugak, suka dengan cleanser dia!
ReplyDelete