Breaking News

Hadiah Buat Tersayang Dari Printcious

Korang pening nak cari hadiah kat mana? Malas nak keluar dan tiada masa? Kalau kat kedai biasa mesti tak memenuhi citarasa. Asyik design sama dan lama. Mesti tak puas hati kalau beli. Betul tak apa yang Cik Nor cakap? Mesti korang setuju apa yang Cik Nor kata.


Meh sini Cik Nor cadangkan satu laman web yang mampu membuatkan korang teruja bila korang masuk ke situ. Macam-macam ada Cik Nor kat situ. Nak design sendiri, nak yang diorang design pun ada. Mesti korang nak design sendiri baru puashati. Kan? Ikut macam mana korang nak design semua boleh. Jangan risau, semuanya di penuhi. Hehe. Asyik cakap jer Cik Nor ni kan. Laman web tu tak jugak bagitahu.


Ok lah ni laman web nya. https://www.printcious.com/my. Mesti korang pernah dengar kan? Kalau yang masih belum pernah dengar laman web ni, apa kata korang singgah sini. Cuci-cuci mata, mana tahu kot ada yang berkenan untuk dihadiahkan kepada seseorang yang tersayang. Banyak pilihan hadiah kat situ. Amat rugilah kalau tak singgah sini. Rambang mata korang dibuatnya. Tak tahu mana satu nak pilih. Rasa macam semua nak beli untuk diberikan hadiah kepada semua orang.

Gambar kat atas tu salah satu contoh hadiah yang terdapat kat Printcious. Sekali buka mesti korang kata..ohh..wow banyaknya hadiah. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Semuanya cantik dimata dan berkenan dihati. Mana tidaknya hadiah yang ditawarkan jauh beza yang ada yang ada dikedai cenderahati.  Hadiah-hadiah ini setiasa up to date dan mengikut kehendak pelanggan.


Lepas tengok satu-satu mesti berkenan yelah kan dalam hati dah fikir-fikir nak hadiakan kat sesiapa. Kadang tu dah siap buat list nak bagi siapa. Hehe. Entah nanti setiap hari buka laman web ni semata-mata nak cari hadiah yang terkini dan menarik untuk dihadiahkan semasa harijadi, kenduri kahwin dan macam-macam majlis yang memerlukan korang membawa hadiah ke majlis tersebut.

Untunglah kan siapa yang dapat hadiah atau cenderahati dari Printcious ni. Semuanya direka sendiri dari dari si pemberi hadiah. Ohh..bahagianya hati bila dapat hadiah iklas dari hati. Memang tak tergambar perasaan tu macam mana. Mesti kalau tak ada, korang dah lompat bintang dah kan. Ye lah hadiah lain dari yang lain. Silap-silap hari bulan siap tertera nama sendiri kat hadiah tu.


Korang nak hadiah kat siapa? Wanita atau lelaki? Semua pilihan ditangan anda. Hadiah yang berbeza untuk lelaki dan wanita. Tak perlu pilih-pilih tempat yang sama. Untuk lelaki pihan hadianya berbeza. Begitu juga untuk wanita pilhan untuk mereka jugak berbeza. Pergh... memang menarik dan tertarik lah orang kata. Kalau korang tak terpikat lagi tak tahu lah Cik Nor nak cakap apa lagi kan.hehe.

Hadiah yang ditawarkan di Printcious berbeza mengikut majlis. Ada untuk majlis harjadi dan ada juga untuk majlis perkahwinan.  Untuk majlis harijadi macam-macam ada. Cakap sahaja nak apa? Mesti ada punyalah . Tak caya cuba klik  laman web Printcious. Mesti buat korang teruja.  Manakala hadiah untuk majlis perkahwinan juga menarik hati. Tidak korang asyik hadiahkan pinggan mangkuk lagi kepada pengantin baru. Tak gitu korang?hehe


Kalau tak nak hadiah kat orang orang, korang boleh juga hadiahkan untuk diri sendiri.  Contohnya korang tempah tshirt yang korang design sendiri dan korang boleh letak gambar korang sendiri kat baju tu. Menarik bukan? Kalau tempah kat kedai mesti mahal kalau tempah sehelai. Kalau di Printcious sentiasa ada diskaun untuk korang yang telah mendaftar sebagai ahli di Printcious. Siapa tak nak diskaun ketika shopping. Hehe

Selain dari tshirt korang boleh abadikan detik-detik indah bersama yang tersayang di mug ataupun kusyen. Yelah kan kalau rindu boleh tengok gambar kat mug atau kusyen tu. Jauh dimata dekat dihati katakan.  Kalau rasa nak tukar cover phone pun boleh. Letak gambar sendiri atau gambar  korang bersama yang tersayang. Sebagai contoh suami dan isteri, korang bersama keluarga, kawan-kawan dan lain-lain lagi. Hehe. Korang juga boleh abadikan percuti dan majlis-majlis istimewa korang di ceramic tiles. Wow...menarik sangat kan.


Nak tahu lagi apa yang ada kat Printcious ni?  Korang semua mesti kerja kan? Mesti tiap-tiap tahun ada majlis besar-besar seperti sambutan hari jadi staf, majlis makan malam tahunan, meraikan persaraan staf, kenaikan pangkat dan sebagainya. Setiap majlis kena ada cenderahati yang akan diberikan sebagai kenang-kenangan kepada mereka yang terlibat. Nak order kat kedai biasa sure leceh kan?  Apa kata korang order Corporate Gifts kat Printcious ni. Pasti korang berpuas hati kerana korang boleh reka sendiri yang korang nak tu.

Selain itu juga ada Frige Magnet. Kalau beli kat kedai biasa mesti coraknya berbeza-beza dan tidak mengikut citarasa korang. Kalau di Printcious semuanya mengikut citarasa korang dan bilangannya mengikut berapa yang korang mahukan. Contohnya nak 6 set yang sama atau 6 set yang berbeza mengikut kehendak korang.  Frige magnet tu korang boleh juga ditempah sebagai Door Gift  kepada para tetamu yang hadir untuk kenang-kenangan sewaktu kenduri kahwin.


Perghh.. banyaknya hadiah dah cenderahati kat Printcious ni. Tu baru sikit Cik Nor tunjuk, ada banyak lagi sebenarnya. Kalau Cik Nor tunjuk semua memang tak suprise lah kan sebab korang dah tahu apa yang ada kat Printcious tu. Lagipun kalau Cik Nor tulis panjang-panjang korang tak terbaca pulak. Rugi la Cik Nor nanti. Untuk pengalaman yang lebih menarik baik korang terjah sendiri https://www.printcious.com/my

4 comments:

  1. Printcious memang best . Macam2 hadiah yg kita boleh custom made

    ReplyDelete
  2. pernah order dgn dorang dulu2. sgt puas hati. skrg ni beli kat shopee je. huhuhu...

    ReplyDelete
  3. hadiah kalau custom made memang lagi ada sentimental value..

    ReplyDelete
  4. Pernah juga order kat printcious ni. Banyak pilihan dan semuanya menarik.

    ReplyDelete