Breaking News

I Can See Your Voice Malaysia Raya

Assalamualaikum..

Ada yang layan I Can See Your Voice Malaysia Raya tak malam tadi? La tak ke? Jangan bimbang Cik Nor kongsikan dengan korang link youtube untuk korang layan hari ni. Untuk yang raya ni limited edition kerana yang hadir cuma pengacara, juri tetap, juri jemputan dan juga perserta. Musim-musim PKPB ni mana boleh berkumpul ramai-ramaikan? Yang hadir tu pun dah cukup meriah.

Seperti biasa jur tetap semestinya Jihan Muse, Yusry KRU dan Mark Adam. Mark Adam kalau tak ada mesti tak best episod tu. Dia ibarat penyeri dalam ICSYVM.hehe. Manakala juri jemputan pula ialah Scha Alyahya dan suaminya Awal Ashaari. Tapi dua orang tak havoc macam juri jemputan sebelum ni. Kira biasa-biasa jer 2 orang ni.hehe.

Artis jemputan untuk minggu raya ni ialah Ramlah Ram. Wah tak sangka hebat juga Kak Melah meneka. Dia berjaya berduet dengan penyanyi sebenar. Tahniah Kak Melah.hehe. Tahniah Kak Melah..

1 comment:

  1. sedap suara penyanyi sebenar tu. mujur tak salah pilih. lawak betul tengok episod raya ni

    ReplyDelete