Breaking News

Aku Terlupa Bukan Nak Mencuri


Assalamualaikum..

Baca tajuk mesti korang pelik kan? Apa pula mencuri bulan-bulan puasa ni.Orang buat amal kebajikan ko pulak yang nak tambah dosa. Panjang ceritanya, tapi oklah kalau cerita kat blog panjang-panjang kan.haha. Ini semalam punya cerita tetapi Cik Nor akan ingat sampai bila-bila dan tak akan jejak kaki lagi ke pasaraya ni lagi..huhu

Semalam Cik Nor keluar pergi beli barang dapur yang sudah kehabisan. Sejak PKP kat Kelantan ni malas nak keluar selalu. Selagi barang dapur ada, selagi tu la Cik Nor tak keluar. Siap beli barang basah kat pasar borong dan pasar Machang, Cik Nor singgap pasaraya Econjaya Machang sebab nak beli barang kakak kirim. Boleh tahan banyaknya. Sambil-sambil Cik Nor nak beli beras kat rumah Cik Nor yang telah kehabisan stok.

Nak dijadikan cerita,dalam banyak-banyak barang yang Cik Nor beli ada 2 barang yang Cik Nor terlupa nak bayar sebab terlindung dibalik 4 kampit beras (10kg). Yang lain Cik Nor dah bayar dengan nilai RM252.00. Cuma yang 2 tu betul-betul terlupa. Masa kat kaunter bayar Cik Nor nak keluarkan beras yang 4 kampit tu, cashier just scan dari dalam troli yang Cik Nor bawa tu. Cik Nor tak keluarkan sebab dah kehabisan tenaga mengangkat beras dari tempat letak beras ke troli. Nak mintak tolong staf pasaraya tu memang haram jadah nak tolong. Padahal ada jer staf dia dok tengah susun stok beras yang baru sampai. Kalau dia nampak pun buat-buat tak nampak jer Cik Nor angkut beras 10kg yang tinggi melangit susunan dia. Tak perlah, selagi kudrat ada angkatlah sendiri, tak payah nak susahkan orang.

Masa tengah angkat beras tu kot 2 botol sos tergolek dok bawah beras tu rasanya. Tu yang terus terlupa masa bayar, ingat semua barang kecik dah angkat letak atas kaunter. Elok dah siap bayar dan sikit nak sampai pintu keluar, ada staf pasaraya panggil Cik Nor dengan agak kuat jugak la, sehingga staf lain yang berada disitu serta merta memandang Cik Nor seolah-olah Cik Nor ada membuat kesalahan besar. Terus jer la apek cina muka macam taik tu masuk dengan muka bengis (perasan bagus dan perasan owner pasaraya tu) masuk tanya Cik Nor banyak kaunter mana? Yang staf perempuan(mungkin baru masuk shift) mintak resit bayaran macam tak percaya Cik Nor dah bayar semua barang tu. Muka staf perempuan tu sinis memandang Cik Nor seolah-orang Cik Nor sengaja tidak mahu membayar 2 botol sos yang terlindung di sebalik 4 kampit beras tu.

Cik Nor dah mintak maaf sebab betul-betul terlupa tapi muka dia pandang Cik Nor seolah-olah Cik Nor nak mencuri dan orang tidak berduit. Yang si apek muka macam taik tu rampas resit bayaran Cik Nor pergi ke kaunter tempat Cik Nor membuat pembayaran. Mungkin marah cashier tu atau lakonan semata-mata marah cashier tu.huhu. Staf lelaki muda yang tegur Cik Nor tak bayar 2 barang tu, Ya Allah kalut giler macam Cik Nor tak bayar 1 troli. Apasal salah nya g dekat Cik Nor cakap baik-baik tak payah la cakap kuat-kuat macam Cik Nor ni nak mencuri, lagi pun Cik Nor masih lagi dalam pasaraya tu bukannya kat luar. Macam nak jatuhkan air muka orangnya caranya. Kalau kena kat muka sendiri macam mana lah agaknya dia rasakan.

Cepat-cepat dia ambik troli lain nak alihkan barang dah Cik Nor bayar supaya dapat ambik 2 botol sos yang Cik Nor terlupa bayar tu.  Cepat-cepat Cik Nor suruh kakak Cik Nor bayarkan 2 botol sos tu kat kaunter terdekat. Kan buat-buat lambat cakap kita betul-betul nak mencuri pulak. Nasib baik staf dia tak panjangkan kes ni. Kalau dia buat onar tahan ke marah ke depan orang ramai memang Cik Nor tak ambik dah barang-barang yang Cik Nor beli tu dan mintak refund balik duit. 

Kesimpulan yang dapat Cik Nor dapat buat dari kes ni, staf pasaraya ni memang suka cari salah orang lain sedang kerka mereka sendiri tak buat. Apa salahnya kalau korang g tolong cashier angkat barang berat semasa pelanggan membuat bayaran. Ini tidak, 2 3 orang dok berdiri tunggu kat main enterance tunggu apa ntah. Cukup 1 jer la. Yang lain boleh round tolong pelanggan, ni tidak nak ambikkan barang puas dulu cari mana stafnya.  Satu lagi dok tunggu nak ambik bakul, apa jadahnya? Tak adanya orang nak curi bakul pasaraya tu. 

Time orang angkat banyak-banyak barang masa nak bayar tak nampak or buat-buat tak nampak nak menolong. Time orang terlupa nak bayar nampak pulak ko eh. Kalau nak kerja-kerja la elok-elok dan ikhlas. Kalau rasa nak jadi manager belajar tinggi-tinggi  ni tidak berlagak macam manager. Manager dok susun barang kat belakang diorang rileks mundar mandir kat depan. 

Apa-apa pun terima kasih buat Manager pasaraya ni sebab tolong angkat kotak air soya 1 liter( 12 kotak) masuk dalam troli Cik Nor. Buat staf yang kerja bahagian penerimaan stok dan tolong tolak troli sampai ke kereta yang Cik Nor parking jauh, terima kasih juga Cik Nor ucapkan. Moga Allah rahmati awak dan murahkan rezeki awak. Buat staf yang muka macam taik tu belajarlah menjadi pekerja yang berdedikasi dan bertanggungjawab yer supaya gaji yang diterima itu berkat dunia dan akhirat.

Sebenarnya sebelum ni pun Cik Nor ada terlupa membayar 1 barang. Dah sampai kat luar baru perasan tapi Cik Nor ni tak suka makan benda-benda haram ni. Cik Nor masuk balik dan bayar semua. Kalau Cik Nor ni jahat dan memang kaki mencuri Cik Nor kat masuk bayar dah. Nama jer pasaraya tapi sensor tak ada kalau orang seludup keluar barang tanpa membuat pembayaran.hhuhu

Yang pasti ini kali terakhir Cik Nor jejak kaki ke pasaraya ni, kecuali bila staf-staf muka macam taik tu dah tak ada baru Cik Nor jejak semula.

Baca juga : Projek Ramadan

4 comments:

  1. sabar lah che nor bulan2 puasa ni bikin hangin sungguh ..

    ReplyDelete
  2. Geram jika benda ni berlaku kat abe kie.

    ReplyDelete
  3. Geramnya alahai.. cakap bab ni kan pernah la sekali kena sensor bunyi masa nak keuar dari pasaraya besar. Masa tu kakya ngan pelanggan lain kat depan. Kita lalu dia on sibuk nak lalu .. Masa tu la bunyi dedua kena tahan. Tapi nasib baik laa bukan KakYa yang sorang lagi ada barang dlm beg dia. Nasib baik la .. Patutla dia nak join seklai lalu ngan kita rupa2nya ada udang sebalik mi. Pahtu pobia dah lau g pasaraya mmg check betul2 barang dan masa lalu mmg pastikan tak seiring ngan org lain. ..

    ReplyDelete
  4. Allah.. dugaan sungguh.. Sabar ye cik nor..

    ReplyDelete