Akhirnya.. 2 Juta
Assalamualaikum..
Lama jugak Cik Nor tunggu pageview Cik Nor bertukar kepada angka 2. Alhamdulillah bertukar juga akhirnya tanpa Cik Nor sedari. Inilah hasil Cik Nor mengarut dan melalut setiap hari sampai korang rasa bosan nak singgah blog Cik Nor. Mana tak nya, kalau datang hari malas Cik Nor, entry blog memanjang dengan entry drama.haha
Sekarang dah kurang sikit letak entry drama sebab nak terkejar nak updates kat sini. Mana buatlah Cik nor entry personal. Mengarut dan merapu memang tu tagline Cik Nor sejak dulu lagi. hihi.Tapi kerana blog merapu ini Cik Nor mampu bertahan sehingga ke hari ini.
Ramai juga rakan-rakan blogger yang awal-awal Cik Nor kenal dah mengundurkan diri dari dunia blogging. Sampai ada yang saja-saja buka blog nak tengok siapa yang masih aktif terkejut tengok blog Cik Nor masih lagi aktih update entry setiap masa.
Nak buat macam mana korang ini lah tempat Cik Nor mencari rezeki sejak berhenti kerja hampir 2 tahun. Masa kerja dulu aktif juga tapi tak banyak buat review tapi sejak berhenti ni makin kerap kerana disinilah tempat Cik Nor meluah perasaan dan mencari rezeki.
Bila asyik menulis ni kita tidak sedar ada rezeki yang datang tanpa disedari. Tak kisah dalam apa bentuk sekali pun janji rezeki itu halal. Betul tak korang? Korang mesti tinggi pageview dari Cik Nor kan?
Baca juga : Akhirnya 1 Juta
tahniah Cik Nor. akhirnya hasil penat lelah berblog dpt dikecapi. Abe Kie kayuh pelan2 je ni....
ReplyDeletetahniah sisssssssss
ReplyDeleteuwahhhhhhhhh
ReplyDeleteKita jauh lagi la ciknor ..btw tahniah yer
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tahniah Cik Nor..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahniah kak Nor. Betul, banyak kenangan dan salah satu sumber rezeki kita membebel dalam blog :)
ReplyDeleteAlhamdulillah kak. Tahniah kak. Tinggi PV blog akak
ReplyDelete