Breaking News

Miliki Rekabentuk Dalaman Rumah Yang Eksklusif Dengan IDW Design & Build (IDW)

 Assalamualaikum..

Pernahkah korang terfikir nak tukar reka bentuk dalaman rumah tapi tak tahu nak rujuk kat mana. Kalau buat kita suka kita memang tak cantik lah rumah jawabnya. Mestilah nak dapatkan khidmat pakar baru reka bentuk dalaman rumah nampak eksklusif dan menarik mata yang memandang. 

IDW Design & Build adalah tempat yang tepat untuk korang tuju bila ingin menukar reka bentuk dalaman rumah. Kenapa Cik Nor kata begitu? Ini kerana mereka mempunyai pengalaman luas dalam bidang rekaan dalaman dan sentiasa menitikberat kehendak pelanggan.

Cabaran Membina IDW

Mereka memulakan syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman, IDW Design & Build (IDW) pada tahun 2007, ketika masing-masing berikut 21 tahun. Pada ketika itu mereka masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Penubuhan syarikat mereka didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.7 juta.

Dengan tidak disangka-sangka pada usia 24 tahun, pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70k. Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Tetapi disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang.

Mereka tidak berputus asa, tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW.

Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran. Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan, dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan. Mereka meneruskan perniagaan dan tekad untuk membina empayar IDW walaupun terus berdepan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.

Tragedi Kebakaran

Pengalaman ngeri yang membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW. Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api.

Bertitik tolak dari tragedi itu, ia menjadi ‘push factor’ untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW. Mereka bertekad untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna.

Fenomena COVID19

Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya seluruh negara berhadapan ‘total lock down’ dan semua individu hanya duduk di rumah. Bersikap sentiasa bersedia mendepani apa juga cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan.

Sasaran utama untuk lebih fokus, mengkaji kembali kemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik.Disebabkan arahan kawalan pergerakan menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan.

Kesannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga.Disebabkan ‘New Normal’ mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.

Perkhidmatan Eksklusif Dan Harga Perlu DiBayar

Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan. Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi.

Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti. Servis reka bentuk di IDW bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik.

Dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik. Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi.

Walaupun kali pertama memiliki buku dari IDW Design & Build ini, minat untuk memiliki reka bentuk kediaman seakan dalam buku ini membuak-buak. Rekaan yang ditonjolkan begitu esklusif dan mengikut citarasa pengguna yang sentiasa inginkan perubahan dalam hidup.

Kelainan pada setiap reka bentuk membuatkan ia lebih menarik perhatian dan tidak puas mata memandang setiap rekaan yang diilhamkan. Memang patut IDW Design & Build ini menjadi pilihan ramai. Cik Nor dah miliki buku IDW Design & Build ini. Korang bila lagi?

Dimana boleh beli buku "PLUG & PLAY" INTERIOR DESIGN IDW ini?

Korang boleh dapatkan "PLUG & PLAY" INTERIOR DESIGN BOOK PERTAMA DI MALAYSIA SEKARANG!

RAYA PROMO RM 397 (HARGA ASAL: RM2897)
https://idw.design/idw-collection-design/

#best interior design in malaysia 

#house interior design in malaysia 

#interior design in malaysia

#interior design in selangor

#interior design in shah alam

#idw design & build

#interior design kuala lumpur

#interior design firm in malaysia

#top interior design in malaysia

#top interior design in selangor

#top interior design in shah alam

#home interior design

#minimalist house design

#modern house interior

#boho room decor

#bohemian decor

#contemporary interior design

#house interior design in selangor

#aesthetic bedroom

#living room design

#bedroom interior design

#free interior design

#Interior design bumiputra

#outdoor decor

#famous interior designers

#famous interior designers in malaysia

#art deco interior design

#3d room design

#decoration design

#interior design company in malaysia

#interior design company in selangor

#interior design company in shah alam

#interior design near me

1 comment:

  1. Memang seronok kalau ada umah sendiri then buat design ikut pilihan hati heheee

    ReplyDelete