Breaking News

Gajet Ke 2 Cik Nor

Sumber gambar dari google

Assalamualaikum.

Kalau sebelum ni Cik Nor cerita pasal gajet pertama Cik Nor, kali ini Cik Nor ceritakan pasal gajet ke 2 pulak. Laptop jenama Dell adalah gajet ke 2 Cik Nor. Rupanya lebih kurang macam gambar kat atas tu. Malas nak snap gambar sebenar jadi Cik Nor google jer lah. Harap pakcik google tak marah Cik Nor ambik gambar dia.hehe.

Laptop ni Cik Nor bukan beli yang baru, Cik Nor ambik yang adik Cik Nor punya. Dia baru habis belajar dan tak guna sangat laptop ni sebab keypad dia dah rosak. Lagi pun dia dah beli komputer untuk main games, jadi untuk elak dari laptop ni terbiar begitu sahaja Cik Nor ambik dan baiki keypadnya dengan harga RM120.

Kalau tak silap Cik Nor ambik laptop ni dari dia pada tahun 2014 ke macam tu la. Lepas dah baiki tu, alhamdulillah boleh digunakan dengan baik. Dek kerana lasak kot dia buat hal tahun lepas dan melayang lagi RM250  kerana dia tiba-tiba mati. Nasib baik boleh dibaiki lagi. Kalau tak mesti Cik Nor taip entry guna phone je la sekarang ni. 

Guna laptop ni bukan nak tunjuk banyak duit tapi memudahkan kerja nak edit. Kalau pakai phone mesti ada yang ter delete tanpa sengaja. Itu yang lecehnya banyak kerja nak kena buat. Tambah-tambah kalau entry tu banyak gambar lagi haru kalau guna phone.Nak kena setting gambar tu kasi sama besar semuanya.

Alhamdulillah sejak dia dah pulih dari kerosakan banyak pulak job masuk. Kira dah cover la kos baiki dia sebelum ni. Harap kali ni bertahan lama lah juga. Tak mampu Cik Nor nak beli laptop baru dengan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ni.

Baca juga :  Gajet Pertama Cik Nor

6 comments:

  1. Tahniah kerana ada laptop yg berguna pd masa kesusahan mcm skrg.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ada laptop. Rabia pun pakai laptop dari zaman kolej hingglah universiti ni. Walaupun dia ada keluar not responding . and laptop selalu jugak hang tapi still boleh buat assisgment lagi masa tu. Sekarang rabia habis belajar dh. Kena tunggu kerja dlu bru boleh beli kot laptop baru 😂

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Semoga laptop ni boleh bantu ciknor cari rezeki. Inshaallah

    ReplyDelete
  4. Okaylah tu Kak Nor dapat guna balik dari adik tak pakai :)

    ReplyDelete
  5. kin pulak kongsi laptop dengan abe hahaha nak guna gak kena curi masa time dia x guna..

    ReplyDelete
  6. Tahniah kerana sudah ada laptop sendiri.

    ReplyDelete