Breaking News

Drama Takdir Yang Tertulis - Episod 8


Azlan menghadiahkan sepasang gaun dan mengajak Ruhila keluar makan malam untuk memenangi hati Ruhila. Namun, jauh di sudut hati Ruhila dia sedar yang dia sebenarnya tidak menyintai Azlan. Tetapi, dia sedar dia tiada pilihan lain selain dari terus berlakon di hadapan Azlan. Dia cuba menerima Azlan sebagai suaminya namun bayangan Ean tetap hadir.
Juweta sangat rindukan Mika. Begitu juga Mika. Azlan memberitahu Mika yang ibu kandungnya ialah Ruhila, bukannya Juweta. Sementara itu, Cik Salmah menyuruh Ruhila meyerahkan Mika kepada Juweta kerana bimbang rancangann akan gagal.
Kak Shima pula bercerita kepada Kak Jo tentang rahsia besar yang didengari tanpa sengaja daripada Cik Salmah dan Hakim semasa hari pertamanya bekerja. Rahsia yang Mika sebenarnya ialah anak Ruhila dengan lelaki lain dan Azlan hanyalah pak sanggup. Kak Shima dan Kak Jo mula merancang mencari bukti untuk membantu Juweta yang telah dipecat oleh bekas suaminya sendiri.

Pelakon: Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad, Alvin Chong, Muaz Fitri, Didie Alias, Uchee Fukada, Iman Suhana

No comments