Breaking News

SENI JALANAN MENGHIDUPKAN SUASANA KOTA

Terdapat banyak seni jalanan yang boleh dilawati di Negeri Selangor. Seni jalanan dapat membantu

industri pelancongan dengan menjadi salah satu destinasi pelancongan untuk para pelancong. 
Terdapat kawasan seni jalanan di Lembah Klang dan Shah Alam yang telah menghasilkan karya 
seni jalanan yang menarik. Seni jalanan ini mendapat sambutan hangat oleh pengunjung yang hadir 
untuk bergambar. Oleh itu, berikut adalah senarai seni jalanan yang boleh dikunjungi di Negeri Selangor:

1) LAMAN SENI 7, SEKSYEN 7 SHAH ALAM

Laman Seni 7 merupakan sambungan daripada Laman Seni 2 di Seksyen 7, Shah Alam, berdekatan dengan i-City di mana ia merupakan tempat atau zon yang kreatif dan cantik yang diwujudkan bertujuan untuk penghayatan bidang seni lukis dan kreatif. Kawasan ini adalah hasil daripada inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah lorong belakang kawasan komersial dan perindustrian menjadi selamat, bersih dan tenang. Pelbagai hasil seni yang dilukis seperti Lukisan 3D, Pemasangan 3D, Perabot Jalan dan lain lain lagi. Laman Seni 7 ini berkonsepkan ciri-ciri “Komuniti Shah Alam”, “Tarikan Pelancong” dan juga “Konsep Hijau”.

2) LAMAN SENI 2, SEKSYEN 2 SHAH ALAM

Laman Seni Seksyen 2 ini merupakan titik permulaan terjadinya kawasan mural di Shah Alam yang 
kemudiannya ditukarkan ke Laman Seni 7. Tema untuk karya seni di tempat ini adalah 'kembali ke
 sekolah'. Bersedia untuk mengimbau suasana nostalgia di mana anda akan melihat bilik gantung, 
bas sekolah, lukisan haiwan dan lain-lain lagi. Bukan hanya itu, terdapat juga medan selera di mana
 anda boleh berehat setelah bergambar di lokasi lukisan mural.

3) SAFARI JEJAK WARISAN, KLANG

Jika ke Bandar Diraja Klang, adalah wajib untuk singgah ke bandar lama Klang yang mana terdapat kedai yang menjual pelbagai barangan untuk masyarakat India malah anda juga boleh singgah untuk mengambil gambar lukisan mural yang menarik dan bertemakan “Safari” sepanjang lorong-lorong belakang kedai di bandar lama Klang. Kawasan mural ini telah dirasmikan oleh Datuk Zainal Abidin Abu Hassan pada 5 Jun 2020 dimana anda akan terpesona dengan hasil lukisan bertemakan haiwan ibarat berada dalam safari sebenar.

4) SASARAN ART, KUALA SELANGOR

Sejak tahun 2008, Organisasi Sasaran Art telah menganjurkan festival seni berskala besar setiap 3 tahun bagi memberi pendedahan tentang lukisan jalanan. Selain itu, dengan sokongan Kerajaan Negeri Selangor, pembinaan bangunan 2 tingkat telah dijadikan sebagai sebuah pusat galeri seni yang dinamakan “Balai Seni Sasaran Kuala Selangor”. Ianya berfungsi sebagai pusat seni, festival ataupun pameran tempatan dan antarabangsa dalam mempromosikan aktiviti kesenian dan kebudayaan.

5) MURAL JALAN KENARI, PUCHONG

Kawasan mural ini terletak di Jalan Kenari 5, Puchong ini dihiasi dengan pelbagai lukisan mural
 di sepanjang jalan keluar. Karya seni lukisan mural ini telah dilukis hasil oleh 103 orang pelajar 
tahun akhir dari The One Academy, Subang Jaya dan juga dari Universiti Teknologi dan Inovasi Asia 
Pasifik yang mengambil masa selama 6 hari. Hasil lukisan mereka menggambarkan kecantikan dan
 elemen budaya Malaysia berdasarkan tema Negeri Selangor dan keunikan Negara.

6) KUALA KUBU BHARU MURAL (KKB), HULU SELANGOR

Kuala Kubu Bharu (KKB) terlelak lebih kurang 70km dari bandar Kuala Lumpur, Bandar Kuala Kubu Bharu terkenal dengan tarikan aktiviti semula jadi seperti water tubing dan white water rafting. Tetapi bukan itu sahaja, terdapat juga kawasan seni jalanan di mana karya seni dilukis di dinding bangunan lama kawasan KKB. 8 lukisan mural di KKB ini juga telah dilukis oleh 40 orang pelajar dan staf dari ALFA College pada tahun 2014 yang menggambarkan kehidupan bandar di KKB.

PROGRAM JELAJAH PESONA SELANGOR 2020 - Program Jelajah Promosi Pelancongan Negeri Selangor Bukti Tourism Selangor Komited dalam Memperkasa Sektor Pelancongan Domestik Pasca Pandemik Covid-19

PENUTUP

Akhir kata, karya seni jalanan atau Street Art ini bukan sahaja menarik dan cantik, malah pengunjung dapat mengisi kenangan untuk bergambar dengan lukisan-lukisan luar biasa seperti lukisan 3D, campuran lukisan dengan perabot, lukisan dengan tema yang berlainan dan lain-lain lagi. Seni jalanan ini memberi peluang kepada para pelukis yang berbakat untuk mempamerkan idea-idea lukisan di dinding-dinding bangunan kepada pengunjung yang hadir dan menjadikan ia satu kawasan tarikan pelancong. Selain itu, pihak Tourism Selangor menasihati agar pengunjung menjaga penjarakan fizikal dan sosial sepanjang masa serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan bagi mengelakkan sebarang jangkitan virus COVID-19 yang melanda dunia kini.

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

6 comments:

  1. cantiknye...no 1 dan 2 pernah pergi...hehe...kreatif betul yg melukis kat situ..

    ReplyDelete
  2. Mostly seluruh Malaysia dah banyak mural yang cantik cantik. Bagus kan artis dapat tunjuk bakat dan menceriakan lorong dan bangunan.

    ReplyDelete
  3. wahhh cantik-cantik semuanya tapi sayang belum pernah pergi tengok mana-mana seni jalanan yang ada dalam senarai ni.

    Farhana Jafri

    ReplyDelete
  4. Dalam banyak2 ni cik tk penah g laman seni 7 ja. Memang mural sana nice!

    ReplyDelete
  5. Eh.. dekat KKB ada eh.. Lama dah tak jejak kaki kat KKB nie.. nak kena gi lah nanti lepas abis PKPB..

    ReplyDelete