Breaking News

Drama Hati Yang Tersakiti - Episod 3


Masalah rumahtangga Farah yang cuba disembunyikan akhirnya diceritakan pada Mona dan asyik membandingkan suami mereka hinggalah kehadiran Farah di rumah Mona dengan tujuan untuk mendapat perlindungan dari suaminya yang dikatakan melakukan keganasan rumahtangga terhadap Farah. Latif pula yang menyimpan dendam terhadap Adrian semakin galak untuk menjauhkan Adrian dari Farah. Farah masih cuba didekati oleh Ihsan, tetapi teman wanitanya muncul kerana curiga. Ibubapa Mona masih akrab dengan Azrul, doktor muda di sebuah klinik di kampung mereka. Kerana Mona sedang mengandung, Haris mulai memberikan sepenuh tumpuan dan kasih sayang terhadap isterinya. Haris masih lagi menganggap Farah sebagai penganggu dalam rumahnya bersama Mona. Haris mula menunjukkan kasih sayang melampau pada Mona mungkin untuk merimaskan Farah. Namun, Farah mulai mencemburui kasih sayang yang dilihatnya dalam rumah Mona. Semakin hari, hati Farah semakin sakit!

Pelakon: Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana & Riz Amin, Shaffiq Sahli, Ainina Ahmad B, Rahim Jailani

1 comment: