Breaking News

Drama Hati Yang Tersakiti - Episod 2


Haris dahulunya cuma seorang penghantar surat mulai berjaya dalam hidup dan perniagaan IT. Perkahwinan Mona dan Haris yang bahagia ada sedikit kekosongan kerana masih belum ada rezeki dikurniakan cahaya mata. Farah pula ada masalah rumahtangga dengan Adrian dan seringkali menyimpan sendiri masalahnya. Ihsan pula sentiasa berada di sisi Farah untuk membantu, kerana dia sendiri ada perasaan terhadap fFarah. Ibubapa Mona sudah dapat menerima Haris seadanya kerana Haris pandai mengambil hati mereka. Penantian mereka selama 5 tahun untuk mendapat zuriat akhirnya membuahkan hasil apabila Haris mendapat berita yang Mona mengandung. Kegembiraan haris dan Mona disambut agak hambar oleh Farah yang berada bersama mereka semasa mendapat berita itu. Dalam pada itu, Mona pula memujuk Haris agar membenarkan Farah untuk tinggal sementara waktu dirumah mereka semuanya kerana Farah berada dalam situasi yang sukar. Haris akur membenarkan namun memberikan syaratnya.

Pelakon: Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana & Riz Amin, Shaffiq Sahli, Ainina Ahmad B, Rahim Jailani.

No comments