Tips Kurus Secara Sihat
Assalamualaikum.
Sekarang ini semakin ramai yang ingin kurus tapi mereka tidak mengamal kaedah kurus secara sihat. Jom Cik Nor kongsikan tips kurus secara sihat.
- Saiz hidangan
Kawal saiz hidangan makanan dapat mengurangkan pengambilan kalori. Cara ini adalah kaedah terbaik untuk mengurangkan berat. Anda boleh cuba amalkan diet suku-suku separuh.
- Makan ikut waktu
Melangkau waktu makan bukan cara nak kurus yang terbaik. Ia hanya akan mengurangkan metabolisme badan dan cenderung buatkan anda makan lebih banyak selepas itu.
- Bersarapan
Ambillah hidangan sarapan pagi yang bagus. Gabungan protein dan karbohidrat berserat tinggi adalah yang terbaik untuk buatkan anda kenyang lebih lama.
- Kuantiti tidur
Untuk langsing anda perlu dapatkan waktu tidur secukupnya. Individu tidur kurang 8 jam dikaitkan dengan nilai BMI tinggi. Ia berlaku kerana hormon mengawal selera makan terganggu.
- Fokus
Sewaktu makan, fokus pada jenis dan jumlah makanan diambil. Elakkan daripada makan sambil menonton televisyen, laptop atau sebarang gajet serta nikmati hidangan makanan sebaiknya.
Baca juga ; Kebaikan Pokok Semalu
- Makanan yang sesuai
Selepas melakukan aktiviti fizikal tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati. Jadi pengambilan hidangan sihat dan seimbang adalah antara cara penjagaan berat badan yang baik.
nice tips. sisyat nak kurus laa.. nk ikut tips ni juga la :-)
ReplyDeleteCik tk bukan nak kurus.. tapi nak kurangkan berat (terlebih berat ni.. haha). Tapi banyak yang cik tk perlu ubah. Paling penting tidur kena cukup dan juga jaga2 dengan jenis dan jumlah makanan yang diambil
ReplyDeletetips yang ohsem..
ReplyDeleteNo.2 & No.4 tu macam payah je nak buat. huhu..tq for the tips.
ReplyDeletetq cik nor.. harap un dapat kurus gitu...dah berharap lama..huhuhu
ReplyDeletebagus tips2 ni ciknor :)
ReplyDeleteshida mmg dlm on diet skg..
satu lagi tips cik nor. kurangkan pengambilan makanan/minuman manis.
ReplyDelete