Breaking News

Drama Hati Yang Tersakiti - Episod 6


Mona masih di kampung menunggu untuk Haris datang memujuknya. Mesej dari Mona tidak dibalas oleh Haris. Farah yang mengajar Haris supaya memberikan sedikit masa kepada Mona untuk bertenang. Haris akur kerana seolah-olah terpukau dengan pujukan Farah. Mona merasakan yang Haris mungkin terlalu sibuk dengan urusan di pejabat. Mona dinasihatkan oleh ibunya Aminah untuk menjaga kandungannya. Aminah juga hairan kenapa Haris sanggup untuk tidak hadir memujuk Mona. Ayah Mona, Tahir pula jatuh sakit dan ini merisaukan Mona. Tetapi, di KL hubungan Haris dan Farah sekarang ini sudah mulai mesra tanpa pengetahuan Mona. Pertemuan Ihsan dan Haris membuatkan Ihsan tahu yang dia tiada peluang dengan Farah. Nina pula nampak di depan matanya Haris mempunyai hubungan sulit dibelakang isterinya. Latif beritahu Adrian berita terkini yang dia dapat tentang Farah. Ibu dan Ayah Mona tetap berusaha memujuk supaya Mona kembali semula taat kepada Haris. Mona akan pulang kembali ke rumahnya.

Pelakon: Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana & Riz Amin, Shaffiq Sahli, Ainina Ahmad B, Rahim Jailani.


No comments