KAFE INSTAGRAMMABLE YANG UNIK DI SELANGOR
Kafe merupakan tempat bagi pengunjung meluangkan masa dan makan dengan tenang. Kini, jika anda kehabisan gambar dan tiada gambar untuk dikemas kini di laman media sosial ketika wabak Covid-19 yang melanda ini, anda tidak perlu pergi ke tempat yang jauh untuk mendapatkan tempat dekorasi yang cantik dalam masa yang singkat.
Anda boleh singgah di kafe-kafe di Selangor untuk menikmati makanan dan paparan dekorasi dalaman dan luaran yang unik untuk laman media sosial anda. Negeri Selangor dikenali dengan banyak tempat pelancongan yang menarik, tetapi bukan itu sahaja, Selangor juga mempunyai banyak kafe-kafe “hipster” atau “instagrammable café” yang dipenuhi dengan pelbagai tema menarik dan unik. Oleh itu, di bawah merupakan senarai kafe yang boleh dikunjungi di Selangor:
1)
KAFE LA FLEUR X UNIQORN, SUBANG JAYA
Daerah Petaling terkenal dengan kafe yang hipster dan unik. Antaranya adalah Kafe La Fleur x Uniqorn yang bertemakan “Unicorn”. Kafe ini dihiasi warna merah jambu dengan patung-patung unicorn yang sangat comel untuk pengunjung mengambil gambar bersama. Nama “La Fleur” ini dimaksudkan dengan minuman panas seperti kopi, coklat panas dan lain-lain lagi manakala “Uniqorn” pula dimaksudkan dengan makanan yang dihias dengan tema “unicorn” tersebut pada wafel, ais krim, pancake dan lain-lain lagi.
Alamat: 01, E1, 02, Jalan Lagoon Selatan, Sunway Geo Avenue, 47500 Subang Jaya, Selangor.
2)
KAFE JIBBY & CO, SUBANG JAYA
Kafe Jibby & Co yang cantik dan unik ala-ala kafe Melbourne terletak bersebelahan dengan pusat beli-belah Empire, Subang. Anda perlu singgah ke kafe ini sekurang-kurangnya sekali kerana suasananya yang sangat estetik. Kafe 2 tingkat ini juga bertemakan konsep minimalis, lampu-lampu digantung di siling, tanaman pasu berwarna-warni, tingkap kaca yang besar ditembusi dengan cahaya semula jadi dan dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan yang dihias dengan menarik untuk diambil gambar.
Alamat: Empire Shopping Gallery, Jalan SS 16/1, Ss 16, 47500 Subang Jaya, Selangor
3)
KAFE KUEH, SHAH ALAM
Jika
anda ingin menikmati makanan tradisi melayu, singgahlah di Kafe Kueh. Bertemakan
tradisi Melayu, mereka menyediakan hampir 40 jenis kuih yang boleh anda
nikmati. Kafe ini terdiri daripada dua bahagian iaitu di luar dan juga di dalam
berserta dengan penghawa-dingin yang selesa dihiasi dengan lukisan mural pada
dinding untuk mengambil gambar. Bukan itu sahaja, terdapat juga menu lain
seperti Laksam, Nasi Lemak, Nasi Hujan Panas, Lempeng, pelbagai jenis minuman
dan banyak lagi.
Alamat: No 6 Jalan Renang 13/26 Seksyen 13, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor.
4)
KAFE LE GARDENZ, KUALA SELANGOR
Kafe yang dibuka pada tahun 2014 ini terletak di Daerah Kuala Selangor. Semestinya menjadi pilihan ramai untuk berehat dan menenangkan fikiran sambil menikmati kepelbagaian makanan yang disediakan dari hidangan utama hingga pencuci mulut. Kafe 4 tingkat ini mempunyai tema tersendiri yang berkonsepkan kontena, corak-corak dinding yang menarik serta konsep kehijauan di tingkap 4. Kafe ini sering dipenuhi dengan pelanggan kerana sering menawarkan menu promosi serta terdapat juga ruang untuk sambutan hari jadi dan majlis.
Alamat: Jalan Kpb 5, Kawasan Perindustrian Balakong, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
5)
THE PICNIC TABLE/SIMPLYSANDWICH, PETALING JAYA
Dengan cuaca yang agak panas dan tidak menentu sepanjang tahun, berkelah merupakan satu masalah di Malaysia. Oleh itu, Kafe The Picnic ini boleh menyelesaikan masalah tersebut kerana kafe ini bertemakan suasana berkelah tetapi di dalam bangunan. Jadi, tidak akan ada masalah dengan cuaca jika ingin berkelah. Kafe ini dihiasi karpet rumput yang mana pengunjung boleh duduk di lantai sanbil menikmati makanan, meja-meja kayu, tempat khas “jamming session” dan banyak lagi. Kafe ini menyediakan seleksi menu yang lazat seperti sandwich ayam bakar keju, kek lapis, kek “slice” dan juga minuman yang pelbagai.
Alamat: 62A-G, The Strand, Kota Damansara The Strand, 21, Jalan PJU 5/21, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
6)
THE BOTANIST, SEPANG
Bagi pengunjung yang ingin bersiar-siar di Sepang, anda boleh singgah di kafe The Botanist 2 tingkat yang estetik dan cantik yang mana hiasan perabot, dinding malah bingkainya dibuat daripada kayu. Pada luaran kedai pula, dipenuhi dengan kehijauan pokok-pokok alam semula jadi memberikan anda ketenangan fikiran. Antara menu yang disediakan oleh Kafe The Botanist ini adalah seperti beger buatan sendiri, kek, kopi, jus buah, dan banyak lagi dengan harga yang berpatutan.
Alamat: GP3A-03M, LEVEL 3M, Tamarind square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya
7)
KAFE N16, SABAK BERNAM
Terletak di kawasan sawah padi, kafe mini yang unik ini merupakan hasil daripada bas antik lama yang diubah suai menjadi kafe. Pengunjung yang ingin datang meluangkan masa bukan sahaja dapat menikmati makanan malah dapat menikmati pemandangan lautan kehijauan padi yang luas. Kafe N16 ini menyediakan makanan seperti spaghetti, ayam goreng Korea, kek dan minuman. Para pengunjung juga dapat mengisi memori telefon mereka dengan mengambil gambar kawasan padi dan juga gambar bas antik ini. Anda mungkin akan mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke sini dari Shah Alam, tetapi ianya berbaloi kerana persekitaran kafe ini yang cantik dan unik.
Alamat: Jalan Tali Air 4, Tanjong Karang, 45400 Sekinchan, Selangor
8)
KAFE BLOCK, GOMBAK
Kafe Block yang dibuka pada tahun 2018 ini menjadi tempat kegemaran ramai untuk meluangkan masa mereka. Dengan seni bina berkonsepkan minimalis moden yang cantik, amat sesuai bagi pengunjung untuk mengambil gambar di kafe ini sambil menikmati makanan. Kafe Block ini menyediakan menu “Asian” dan “Western” untuk dinimkati pelanggan. Kafe ini juga bukan sahaja boleh dijadikan tempat makan dan berehat, malah boleh dijadikan lokasi majlis yang mana ianya mampu untuk memuatkan 50 orang pada satu-satu masa. Kepada mereka yang singgah di Kafe Block, jangan lupa untuk mencuba menu Ayam Penyet (Javanese Fried Chicken) terkenal yang merupakan makanan kegemaran para pelanggan yang singgah ke kafe ini.
Alamat: No. 59-G, Lorong Perusahaan Ringan 1, Kawasan Perusahan Ringan Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
9)
KAFE BACKSTREET, KUALA LANGAT
Kafe Backstreet merupakan salah satu kafe “hipster” di Daerah Kuala Langat. Dibuka pada tahun 2014, kafe ini dihias kreatif dengan hiasan bercorakan tapak tangan dan tulisan menu makanan di dinding dengan menggunakan kapur putih dan amat sesuai untuk pengunjung yang datang mengambil gambar sambil menikmati makanan.
Alamat: C-G-, Pekan 4, 19, Taman Seri Bayu Morib, Medan Seri pekan, 42700 Banting, Selangor
10)
KAFE DENALI & PINNACLES, BANGI
Kafe Denali & Pinnacles yang luas ini terletak di Bangi dan mempunyai 2 ruangan; luar dan dalam. Kafe ini berada di tingkat 2 bangunan yang mana pengunjung yang singgah akan menikmati pemandangan yang indah pada waktu petang. Kafe yang berkonsepkan bohemian ini amat sesuai untuk bergambar atau “OOTD” kerana hiasan dan dekorasinya yang pelbagai warna serta menampilkan tekstur unsur-unsur segar dari alam semulajadi.
Alamat: Lot 1-4, Tingkat 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, off, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
11) KAFE PROVISION, DAMANSARA
Kafe Provision ini dibuka hanya pada pukul 8 pagi hingga 6 petang sahaja. Jika singgah di kafe ini, sangat sesuai datang pada waktu pagi kerana kafe ini menyediakan menu yang kecil dan “simple” seperti roti-roti hasil buatan sendiri seperti sandwich, roti bakar, “sourdough” dan lain-lain lagi. Dengan kecantikan elegen dan simple, di hadapan kedai ini dicat dengan warna oren dan sesuai untuk bergambar dan juga “OOTD” untuk dimuat naik dalam media sosial anda.
Alamat: 49, Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor
12) TINY BAKER IN PINK, DAMANSARA
Kafe ala-ala Korea ini sesuai untuk pengunjung datang meluangkan masa sambil bergambar kerana hiasan yang menarik di setiap sudut kedai. Kafe ini menyediakan menu kek yang dihiasi cantik dengan pelbagai corak, warna dan dekorasi. Kafe ini juga menyediakan ruang jika ingin mengadakan majlis hari jadi dan lain-lain lagi.
Alamat: C58-2, Jalan PJU 5/21, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
13) KAFE TUJOH, PETALING
JAYA
Kafe Tujoh terletak di
Seksyen 17 di mana kafe ini mempunyai ruang yang selesa dan cantik kerana
dilengkapi dengan dua ruang berbeza di dalam kafe. Seni bina dan dekorasi di
dalam kafe ini dipenuhi dengan perabot yang bergaya termasuk televisyen dan
radio klasik dan vintaj, dihias dengan pokok-pokok hijau, poster, lukisan hitam
dan putih moden serta gabungan lampu yang digantung. Latar belakang yang rimbun
dan biasan cahaya matahari dari luar membuatkan Kafe Tujoh ini menjadi lebih
menarik dari pelbagai sudut untuk dimuat naik di landasan Instagram.
Alamat: 617, Jalan 17/10, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor
14)
KAFE BUKKU, KLANG
Dengan memiliki senibina dan reka bentuk dalaman yang minimalis dan estetik seperti di Jepun, kafe ini sangat cantik untuk pengunjung singgah dan mengambil gambar. Nama kafe “Bukku” bermaksud buku dalam Bahasa Inggeris yang mana perabot dalaman kafe ini dihias dengan kayu rak buku berserta susunan buku dan hiasan kopi yang dibalut cantik. Jika singgah ke kafe ini, jangan lupa untuk mencuba “Salted Egg Croissant”, “Almond Tiramisu” dan “Burnt Cheesecake” yang sering disebut-sebut oleh orang ramai.
Alamat: No.1, Jalan Singgahsana 4A/KU5, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor
15)
KAFE TUAH, BANGI
Kafe yang berkonsepkan santai ini dikenali ramai dengan menu yang pelbagai bermula
dengan makanan hinggalah ke minuman. Jika singgah ke kafe ini, jangan lupa untuk
mncuba hidangan makanan Western seperti Trip Platter yang terdiri daripada gabungan
buffalo wings, meatball daging dan juga kentang goreng yang dijamin sedap dan
mengenyangkan. Selain itu, terdapat juga pelbagai perisa kopi frappucino seperti
Cookies
& Cream, Black Forest dan banyak lagi.
Alamat: No20, Jalan 7/1c, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
wahhh menarik cafe ni
ReplyDelete