Breaking News

Drama Hati Yang Tersakiti - Episod 5


Rumahtangga indah yang terbina sedikit demi sedikit mulai goyah disebabkan oleh hasutan Farah yang tidak mengenal belas. Haris pada awalnya tidak mempercayai mulai curiga apabila Mona seolah-olah menyembunyikan sesuatu darinya. Haris mula marahkan Mona. Mona terus sahaja merajuk dimarahi Haris dan ambil keputusan untuk melarikan diri sekejap ke rumah ibubapanya untuk menenangkan keadaan. Farah keluar dari rumah itu demi untuk menjaga hati Mona. Tetapi sebenarnya Farah sedang mengambil peluang ketiadaan Mona di KL, untuk memanipulasi keadaan sebaik mungkin demi untuk menemani Haris. Farah yang cemburu sememangnya mahukan belaian kasih sayang dari Haris. Di kampung, Mona bertemu kembali dengan Azrul. Adrian pula dipujuk Latif agar tidak rujuk semula dengan Farah. Suzy pula masih membayangi Ihsan kerana takut Farah merampas Ihsan darinya. Nina nampak perubahan sikap Haris. Haris cuba menolak rayuan Farah tetapi mampukah dia menahan godaan?

Pelakon: Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana & Riz Amin, Shaffiq Sahli, Ainina Ahmad B, Rahim Jailani.

1 comment: