SINOPSIS LELAKI LINGKUNGAN CINTA
Mengisahkan Adib (Naim Daniel), seorang jejaka lepasan SPM yang nakal mencuba untuk menawan hati si jelita, Esya (Shasha Abedul). Mereka dihantar ke sebuah kem jati diri di Gopeng, Perak oleh keluarga mereka sebagai aktiviti mengisi masa lapang mereka.
Adib telah jatuh hati pandang pertama kepada Esya semenjak waktu pendaftaran lagi. Dia telah mencuba pelbagai helah dan ‘pickup-line’ untuk menambat hati Esya, tetapi gagal. Ini kerana Esya sentiasa dijaga oleh sahabat baiknya yang sentiasa sibuk dengan media sosial, Maria (Cik B) dan sepupu Esya yang ‘over protective’ iaitu Zambri (Ismail Izzani).
Walaupun Esya tidak melayannya, Adib tidak pernah menyerah kalah. Malahan Adib telah mengatur pelbagai strategi agar dia boleh mendekati Esya. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Zambri yang sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Esya, mula menunjukkan perasaan cemburu.
Esya pula mula membenci dan meluat dengan perangai Adib yang kebudak-budakan. Esya pernah memarahi Adib agar Adib hentikan cubaannya untuk memikatnya, tetapi ia hanya meningkatkan daya pemikiran ‘kreatif’ Adib untuk mengenakan Esya.
Apakah rancangan Adib seterusnya? Adakah kenakalan yang dirancangkan Adib dapat melentur kekerasan hati Esya?
Baca juga ; Sinopsis Kampung People 2
No comments