Breaking News

Drama Hati Yang Tersakiti - Episod 7


Haris dan Farah sekarang ini sudah berani menipu Mona secara terang-terangan. Mona masih tidak tahu akan kecurangan di dalam rumahnya dan masih tidak syak apa-apa. Mereka pandai bermain sorok-sorok di hadapan Mona. Sahabat yang dipercayainya itu sering menjadi tempat Mona mencurahkan kerisauan. Farah sentiasa ada untuk mendengar permasalahan Mona. Mona sememangnya tidak dapat membaca lakonan hebat Farah. Nasihat dari Farah juga di dengar oleh Mona. Farah juga cuba berikan tips kepada Mona untuk memikat Haris yang selalu kepenatan, tapi sebenarnya hanya untuk memisahkan. Nina yang mulai menyiasat kelakuan Haris ternampak Adrian dan Latif yang juga sedang mengekori Farah dan juga Haris. Nina tak sangka yang Haris mampu berkelakuan sebegitu dengan Farah. Nina masih mahu menyiasat perkara sebenar. Mona melihat perubahan Farah yang mulai ceria dan dapat tahu yang Farah ada teman lelaki. Mona mahu menjemput teman lelaki baru Farah untuk makan malam bersama di rumah.

Pelakon: Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana & Riz Amin, Shaffiq Sahli, Ainina Ahmad B, Rahim Jailani.

No comments