Breaking News

Drama Hati Yang Tersakiti - Episod 1


Mona dan Haris adalah pasangan suami isteri yang penyayang dimana hubungan mereka amat manis dan gembira antara mereka. Farah pula seorang model yang mempunyai masalah dengan suaminya Adrian. Latif anak orang kaya yang menabur kemewahan yang mencemburui Adrian. Haris tidak pernah menyukai Farah yang menganggapnya lelaki taraf rendah. Mereka semua berkenalan sejak dari Kolej lagi. Farah yang selalu memanipulasi Mona untuk tidak menyukai Haris, malahan semasa hari perkahwinan Mona dan Haris juga, Farah tidak hadir. Begitu juga semasa perkahwinan Farah dan Adrian, Mona langsung tidak dijemput. Ibubapa Mona pula dahulu mempunyai pilihan mereka sendiri tetapi terpaksa akur menerima pilihan Mona. Ihsan, seorang penerbit mulai menaruh perasaan terhadap Farah tetapi dia sering dikejar oleh Suzy, teman wanitanya. Sesuatu akan terjadi apabila Haris baru pulang dari tugasan luar dan mahu membuat kejutan pada isterinya. Farah pula sedang tidur di sofa menumpang bermalam di rumah itu.

Pelakon: Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana & Riz Amin, Shaffiq Sahli, Ainina Ahmad B, Rahim Jailani.

 

No comments