Breaking News

I Can See Your Voice Musim 3 Siri Ke 2- Minggu Pertama

Assalamualaikum..

Cik Nor ingatkan I Can See Your Voice Malaysia dah berakhir masa hari raya hari tu tapi sangkaan Cik Nor itu meleset. ICSYVM disambung lagi untuk musim ke 3 dengan siri ke 2. Tapi untuk siri ke 2 ini tanpa kehadiran penonton kerana kita masih lagi proses pemulihan dari wabak Covid19.

Untuk siri ke 2 minggu pertama artis jemputan ialah Naim .  Walaupun tanpa kehadirin penonton di studio rancangan ini tetap juga havoc dengan gelagat pengacara, peserta, juri tetap dan juga juri jemputan. Juri tetap sudah semestinya Jihan Muse, Yusry KRU dan Mark Adam.

Manakala juri jemputan pula ialah Engku Hariz (suami Jihan Musa dan juga pelakon drama) dan Fara Fauzana.  Kehadiran Fafau untuk episod ini memang mengundang gelak sakan bila  dia acah-acah tahu penyanyi sebenar dan mana penyamar. 2 kali tekaan dia salah, terus semua tidak percaya tekaan dia dah.haha.

Pilihan Naim Daniel minggu ini tepat dimana dia berjaya berduet dengan penyanyi sebenar. Tahniah Naim dan peserta yang berjaya. Korang mana yang tak sempat tonton, Cik Nor kongsikan link youtube untuk korang.


4 comments:

  1. Nieyl tgk episode ni, adoi..
    memang gelak saje..lagi² bila anak saudara si shuk tu muncul hahaha

    ReplyDelete
  2. Suka gak layan cite ni kalau ada penyanyi yg hakak minat....

    ReplyDelete
  3. Tahu cik nor mmg suka layan ICSYVM nie.. Fiza tgk yg korea punye je.. hehe

    ReplyDelete
  4. kin baru tengok dekat youtube slok suko hahaha aduhaiiii

    ReplyDelete