Breaking News

Resepi Baulu Mini

Sumber gambar dari google

Assalamualaikum..

Raya baru ni kemain tau Cik Nor beli telur gred C  nak buat kuih baulu. Tapi tak buat juga.haha. Sudah lepas raya baru cuba buat. Apa jadi? Fail weh..2 kali buat bantat. memang kecewa sangat. Dah tengok resepi mudah jer diorang buat tapi kenapa Cik Nor buat jadi bantat. Dah tanya-tanya pendapat orang  dan buat kali ke 3 baru menjadi. Happy giler rasa..haha

Oleh kerana dah jadi meh Cik Nor kongsikan resepi baulu mini ni.

Resepi Baulu Mini

Bahan-bahannya
1. 5 biji telur gred C
2. 1 cawan gula
3. 1 cawan gandum
4. Sedikit essen vanila/ air pandan (tak bagi bau hanyir telur)

Cara membuatnya :

1. Masukkan telur, gula dan essen vanila  dan pukul sehingga kembang. Masa kat sini kalau tak pukul sampai kembang maka bantat la baulu korang. Pastikan pukul sampai kembang yer.

2. Jika sudah kembang masukkan gandum sedikt demi sedikit sehingga habis dan adun sehingga sebati. Pastikan adunan menjadi seperti whipped cream tau. Kalau tak jadi macam tu, memang bantat la baulu tu nanti


3. Panaskan oven dan acuan sekali selama 10 minit. Bakar adunan selama 12 minit dengan suhu 200. Kalau nak lebih garing boleh tambah lagi masa tapi pastikan jangan hangus.

Mudahkan caranya. Selamat mencuba.

4 comments: