Breaking News

Jom Dapatkan Maklumat dan Tips Kesihatan


Assalamualaikum..

Musim- musim PKP ni mesti ramai yang nak jaga kesihatan kan? Ye lah selain menjaga kebersihan diri, kesihatan diri juga perlu dititikberatkan juga. Bila asyik dok kat rumah dan makan tanpa had mesti ada masalah kesihatan yang datang. Seboleh-bolehnya kit tak nak lah ini semua terjadi pada diri kita.  Apa kata kita jalani cara hidup sihat tanpa sebarang masalah kesihatan.

Jom Cik Nor perkenalkan korang dengan satu lawan web yang boleh membantu korang mendapatkan info berkaitan masalah kesihatan. Kita boleh dapatkan pelbagai Tips Kesihatan dilaman web ni.Dekat sini korang boleh dapatkan informasi berkenaan penyakitjenis rawatan dan yang paling best sekali mestilah sebab ada banyak tips untuk gaya hidup sihat.  Dalam bahasa mudah satu laman web tapi pelbagai kebaikan yang korang boleh dapatkan disini. Tak rugi tambah pengetahuan tentang masalah kesihatan ni. Selain diri kita sihat, keluarga juga dapat manfaat.

Apa yang Cik Nor suka berkenaan web ini adalah kerana penulisannya yang santai, mudah difahami dan kalau ada terma perubatan pun akan diterangkan secara ringkas. Pendek kata laman web ni lebih kurang kita tanya pada doktor, ringkas tapi mudah difahami.
Selain itu korang juga boleh print setiap artikel yang ada kat sana kalau nak tunjukkan dekat mak ayah atau pelajar korang, cuma perlu tekan ikon print dekat hujung artikel tu. Format printing dia memang cantik dan tak serabut. Lebih kurang macam yang korang buat sendiri dan print out.
Kalau korang nak cari maklumat berkaitan sebarang penyakit atau apa-apa sahaja berkaitan kesihatan bolehlah melawat ke sana ya. Tak rugi tambah pengetahuan tentang masalah kesihatan ni. Selain dapat menjaga kesihatan diri kita sendiri, kita juga dapat memberi pengetahuan kepada orang-orang disekeliling kita.  Bak kata orang putih, sharing is caring.

3 comments: