Breaking News

Resepi Masak Lemak Cili Api Rebung Bersama Perut Lembu

Sumber gambar dari google

Assalamualaikum..

Semalam tiba-tiba rajin buat masak lemak sebab bahan dah ada depan mata. Biasa masak lemak cili padi rebung bersama perut lembu ni Cik Nor beli jer kalau nak makan sebab dalam rumah ni sesetengah jer yang makan rebung. Oleh kerana kerajinan melanda Cik Nor kongsikan resepi Masak Lemak Cili Padi Rebung Bersama Perut Lembu.

Resepi Masak Lemak Cili Padi Rebung Bersama Perut Lembu

Bahan-bahannya:

  • 1 cawan rebung ( dibasuh bersih dan direbus separa empuk. Cik Nor gunakan rebung madu sebab ia manis dan tida berbau )
  • segenggam perut lembu ( dibasuh bersih dan direbus hingga lembut )
  • 3 biji bawang merah ( yang saiz kecik tu ye ) - dikisar
  • 2 biji bawang putih - dikisar
  • 1 inci kunyit hidup - dikisar/ nak letak lengkuas sikit pun boleh
  • 5 biji cili api ( Ikut kepedasan yang korang mahukan ) - dikisar
  • 1 cawan santan pekat (kalau tak nak tambah air korang boleh ambil santan dari sebiji kelapa untuk 3 kali perahan)
  • 1/2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • serbuk perisa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan bahan yang dikisar bersama air dalam periuk. Masak sehingga mendidih kuahnya.
  2. Masukkan santan. Tunggu ia mendidih lagi.
  3. Baru masukkan rebung dan perut. Letakkan garam dan serbuk perisa secukupnya. 
  4. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas. Selamat mencuba.

4 comments:

  1. Sedap tu ciknor.. cpdah lama tak makan

    ReplyDelete
  2. Resipi ni saya tukar dengan benda lain ni. Saya tak suka perut. Hehe

    ReplyDelete
  3. masak lemak..mmg sedap guna bahan utama ape pun..
    sedap hingga mnjilat jari ciknor hehee

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap jer ni Cik Nor. KakYa dah lama dah tak makan rebung. Dulu masa kecik2 mmg selalu makan rebung masak lemak arwah nenek yang masak. Kecik2 dulu kami adik beradk ikut tok tokki p cari rebung kat tepi sungai .. Cari kat celah2 pokok buluh kot jumpa yang rebung ..

    ReplyDelete