Breaking News

JOM LUANGKAN MASA SEHARIAN DI DAERAH KUALA SELANGOR!

Assalamualaikum

Adalah sesuatu yang amat merugikan sekiranya anda tidak melawati Daerah Kuala Selangor setibanya anda ke Negeri Selangor. Antara fakta menarik yang perlu anda ketahui ialah Negeri Selangor pada mulanya dinamakan bersempena dengan nama Sungai yang terkenal di sini! Selain itu, setiap kawasan di Daerah ini dikelilingi oleh beberapa lokasi bersejarah yang boleh anda terokai. Berlatar-belakangkan suasana kampung yang telah dikekalkan selama bertahun-tahun lamanya, kini, Kuala Selangor dikenali sebagai salah sebuah Daerah yang mesti dikunjungi di Negeri Selangor!

8.00 a.m.         : Sarapan pagi di Auntie Foo Café
9.00 a.m.         : Kunjungi Sky Mirror dan nikmati keindahan alam
12.00 p.m.       : Makan tengah hari di Warung Ibu Nasi Ambeng
1.00 p.m.         : Terokai Kuil Sri Shakti Dhevasthanam
 2.00 p.m.        : Lawatan sekitar tapak tinggalan sejarah, Bukit Malawati
3.30 p.m.         : Membeli-belah di Agro Bazaar yang tersohor di Kuala Selangor
4.40 p.m.         : Minum petang di Café Lumiere
5.40 p.m.         : Bersiar-siar di sekitar Pantai Remis
6.40 p.m.         : Makan malam di Restoran Makanan Laut River View
8.00 p.m.         : Saksikan suasana malam yang indah di Sanktuari Kelip-kelip    
                          Kampung Kuantan



1)     Sarapan Pagi di Auntie Food Café
Bersarapan pagi dengan menjamah makanan yang lazat merupakan salah satu cara yang terbaik untuk memulakan hari anda. Diikuti pelbagai pilihan makanan yang disediakan, pastikan anda tidak ketinggalan untuk mencuba roti tuna, telur separuh rebus dan jus sayuran mereka yang amat menyelerakan! Oleh kerana ianya terletak berhampiran dengan Bukit Malawati, anda tidak akan menghadapi kesukaran untuk mencari kafe ini.



2)     Kunjungi Sky Mirror dan nikmati keindahan alam
Terdapat banyak cara untuk anda melepaskan tekanan dan bersantai semasa berada di Daerah Kuala Selangor. Alihkan perhatian anda dan kunjungilah Sky Mirror di mana anda akan dibawa ke satu “dunia baru” yang sudah pasti akan membuatkan anda terpukau dengan pemandangannya yang indah! Dengan reputasinya yang terkenal dengan panorama pantulan langit seperti cermin, Sky Mirror kini menjadi salah sebuah tempat pelancongan terhangat di Daerah Kuala Selangor.


3)     Makan tengahari di Warung Ibu Nasi Ambeng
Sekiranya anda sedang mencari Nasi Ambeng yang terbaik di Daerah Kuala Selangor, jangan lupa untuk singgah ke Warung Ibu Nasi Ambeng! Di sini, anda boleh mencuba hidangan utama mereka iaitu Nasi Ambeng Jawa. Setiap makanan yang disediakan dalam menu mereka juga sangat memuaskan. Ianya sudah pasti cukup untuk mengisi perut kosong anda!


4)     Terokai Kuil Sri Shakti Dhevasthanam yang terunggul
Menjelajahi seluruh Daerah tanpa mengunjungi tempat keagamaan terkemuka di Kuala Selangor adalah amat merugikan! Ini termasuklah menerokai seluruh Kuil Sri Shakti yang dipercayai sebagai satu-satunya kuil di dunia yang dipasang dengan 51 manifestasi Shakti. Bahkan seni bina kuil itu sendiri turut menggambarkan budaya India yang gah dan indah! Sangat luar biasa bukan?


5)     Lawatan di sekitar Bukit Malawati yang bersejarah
Ketika memilih seleksi tempat bersejarah untuk dilawati, adalah sangat sukar untuk melepaskan Bukit Malawati dari itinerari anda! Penerokaan anda di sini akan menjadi lebih menarik sekiranya anda menaiki trem untuk bergerak ke setiap kawasan di sini. Sebaik sahaja anda tiba di puncak bukit, anda pasti kagum dengan pemandangan indah Kota Malawati yang semestinya akan membuatkan anda terpukau! Jangan lepaskan peluang untuk melawat ke tempat-tempat yang berdekatan seperti ke Rumah Api dan Muzium Sejarah yang terkenal semasa anda di sini!

Baca juga : Top 5 Pusat Penjagaan Kesihatan Terbaik Di Selangor



6)     Membeli-belah di Agro Bazaar yang terkenal di Daerah Kuala Selangor
Tidak dapat dinafikan, food hunting merupakan sebuah aktiviti yang paling menyeronokkan semasa melancong ke sesebuah tempat. Semasa anda berkunjung ke Daearah Kuala Selangor, anda semestinya ingin mendalami aspek kebudayaan penduduk tempatan di sini. Oleh itu, anda harus mencuba pelbagai jenis makanan yang ada di sini! Singgahlah ke Agro Bazaar untuk membawa pulang beberapa makanan tempatan yang dijual termasuk kuih Bahulu panas dan ikan kering mereka yang amat lazat.


7)     Minum petang di Café Lumiere
Sekiranya anda seorang yang meminati kopi, Café Lumiere sudah pasti menepati segala yang anda inginkan! Kafe ini menyediakan menu yang menarik seperti lasagna, ayam dengan resipi yang diinspirasi dari Negara Perancis serta kek keju yang amat lazat. Memandangkan kedai ini dihiasi dengan seni reka dalaman yang sangat estetik serta selesa untuk bersantai, café ini sesuai untuk temu janji anda bersama yang tersayang.



8)     Bersiar-siar sekitar Pantai Remis
Tidak ada yang lebih menenangkan selain berjalan di sekitar pantai yang indah pada waktu petang. Ambillah peluang ini dan bersiar-siar di Pantai Remis yang menarik hati dengan panoramanya yang cukup menakjubkan! Bukan sahaja dianggap sebagai sebuah lokasi yang sesuai untuk berehat, anda juga dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti bermain layang-layang dan mengutip kerang laut yang terletak berhampiran pantai. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk membawa barang-barang keperluan sendiri kerana gerai-gerai di sepanjang pantai hanya akan dibuka pada hujung minggu!


9)     Makan malam di Restoran Mananan Laut River View
Perhatian kepada semua penggemar makanan laut! Kami syorkan kepada anda untuk mencuba menu di restoran makanan laut yang terkenal di Daerah ini. Restoran Makanan Laut River View yang terletak di Pasir Penambang menawarkan senarai menu yang amat menyelerakan seperti Ketam Aroma Cili Kering dan Udang Goreng Mentega yang pasti memukau selera anda!


10)   Alami keindahan kelip-kelip di Kuala Selangor pada waktu malam
Bukalah mata anda dan saksikan kelip-kelip yang memukau dalam suasana malam! Terdapat ribuan kelip-kelip yang menerangi seluruh kawasan Sanktuari Kelip-kelip Kampung Kuantan. Satu-satunya cara untuk anda menikmati pemandangan yang indah ini adalah dengan menaiki sampan tradisional merentasi Sungai Selangor.

Jejakkan kaki anda ke Dearah Kuala Selangor yang luar biasa ini di mana anda akan dibawa ke pelbagai lokasi tarikan pelancong! Untuk merasai sebuah pengalaman yang mengujakan, pastikan anda tidak terlepas untuk mengunjungi kesemua tempat yang telah kami sertakan di dalam itinerari di atas! Percayalah kepada kami, anda tidak akan kecewa dengan pengalaman yang akan anda alami!


Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

4 comments:

  1. teringin sgt nak ke Kuala Selangor sbb harga ikan, sotong, udang, ketam dsb amat murah di sana. Lain bebenor dgn Kelate ni.

    ReplyDelete
  2. Pantai Remis tu pernah pergi, cantik viewnya. Bukit Melawati pergi masa sekolah dulu jer.

    ReplyDelete
  3. Saya orang Kuala Selangor pun belum habis jelajah lagi tempat-tempat ni semua. Haha.

    ReplyDelete
  4. rindu nak ke Kuala Selangor...hihihi

    ReplyDelete