Breaking News

Sinopsis Drama Seadanya Aku



Assalamualaikum..

Lama jugak Cik Nor tak kongsikan sinopsis drama yang Cik Nor suka tonton. Hari Cik Nor kongsikzn sinopsis drama Seadanya Aku dalam slot Akasia TV3.


Sinopsis Drama Seadanya Aku

Segalanya seakan hancur buat Aufiya. Disaat hari perkahwinan, tunangnya Taufik tidak hadir kerana tidak boleh menerima kisah silam Aufiya. Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji.

Namun muncul Zarul yang menawarkan diri sebagai pengganti menyelamatkan maruahnya di hari pernikahan itu. Aufiya menerima bantuan Zarul walaupun rasa bersalah kerana lelaki itu merupakan tunang kepada Wina yang juga sahabat baiknya. 
Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.

Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri.

Sinopsis Drama Camelia

Aufiya bersahabat baik dengan Wina dan Zureen sejak zaman sekolah lagi dan sampai ke alam pekerjaan mereka masih bersama dan tinggal bersama. Namun tanpa disedari wujud perasaan cemburu antara mereka.

WATAK PELAKON 
Azlee Khairi sebagai Zarul
Zara Zya sebagai Aufiya
Elvina Mohamad sebagai Wina Ahmad
Redza Rosli sebagai Taufik
Dayana Roza sebagai Zureen
Fadlan Hazim sebagai Hadi
Sharifah Husna sebagai Eliza
Norish Karman sebagai Kartina
Ainina Ahmad sebagai Salma
Jasmin Hamid sebagai Jumah

7 comments:

  1. Kadang geram gak tgk citer piya.. hehe..tp wina mcm ade somtething la ngn c laki yg suke mintak duit org tu.. xingt nama watak ap

    ReplyDelete
  2. tgk gitu2 je drama ni tp gosip zara zya dgn azlee boleh tahan ya hahaa

    ReplyDelete
  3. suka ZaraZya tapi hero hero dia huurmm hurmmm ehehe..

    ReplyDelete
  4. arhhh..menyampah tengok si wina tu. konfiden ni nak rampas zarul dari Fiya..padan muka kat Wina Zarul kahwin dengan Fiya sebab dia banyak kali aniaya fiya dalam diam sebab jeles kat Fiya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wina hantar message kt taufik mengatakan fiya kena rogol dan hari perkawinan taufik tak hadir ni semua angkra wina

      Delete