Breaking News

Pergi Tak Kembali


Assalamualaikum..

Pada pagi isnin (10/02/2020) seluruh peminat lawak Malaysia di kejutkan dengan kehilangan pelawak kesayangan ramai iaitu Abam Bocey yang telah menemui PenciptaNYA. Amat ramai yang tidak percaya arwah telah pergi buat selama-lamanya tapi itulah hakikatnya. Sampai masa kita semua akan ke sana juga. Cepat atau lambat hanya DIA saja yang tahu.

Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan meninggalkan seorang balu dan seorang anak. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak selepas solat Asar. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. aamiin...Al-Fatihah.


Sebenarnya ramai insan-insan seni yang telah pergi untuk selama-lamanya tapi hanya sesetengah sahaja yang kita tahu. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka.

7 comments:

  1. waalaikumussalam. al-fatihah untuk arwah abam

    ReplyDelete
  2. semoga kebaikan yg ditinggalkan dpt diikuti. alfatihah

    ReplyDelete
  3. Itulah macam tak percaya dengar berita ni

    ReplyDelete
  4. insyallah dia ditempatkan dalam kalangan dikasihi..
    tengok tanda2 pemergian.. insyallah..

    ReplyDelete
  5. Sedih kan..akak pun rasa sedikit terkesan dengan pemergian arwah Abam...

    ReplyDelete