Breaking News

Resepi Puding Karamel


Sumber gambar dari google

Assalamualaikum..


Balik minggu lepas sempat la tengok kakak buat puding karamel tu. Sambil-sambil belajar tu cedok la sikit resepi dia nak abadikan kat sini. Mana tahu nak buat lepas ni tiba-tiba hilang ingatan..haha. Boleh buka kat sini. Betul tak korang?

Resepi Puding Karamel 

Bahan-bahannya :

1. 400ml susu cair (kalau nak guna susu segar pun boleh)
2. 5 sudu besar gula halus
3. 4 biji telur ( lagi banyak telur lagi sedap)
4. Sedikit esen vanila

Bahan karamel :

1. 5 sudu gula ( kalau nak lebih manis boleh tambah)
2. 2 sudu air

Cara -caranya :

  1. Cara menyediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan dan jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam bekas  yang ada karamel tadi
  5.  Kukus dengan api sederhana selama 30 minit.
  6. Bila dah masak, biarkan ia sejuk seketika.
  7. Boleh dimakan begitu sahaja atau boleh sejukkan didalam peti sebelum makan.

13 comments:

  1. Suka makan ni kalau tak manis sangat.

    ReplyDelete
  2. Faveret anak hakak ni Cik Nor. Hakak selalu buat tak ikut sukatan main belasah je hihi...
    Boleh jugak buh tepung kastard sesudu dua kalau suka

    ReplyDelete
  3. Fav ni biasa tak buat sndr..sbb x pernah nak jadi

    ReplyDelete
  4. suka gak puding karamel ni tapi tak suka kalau manis sangat..ada rasa manis sikit2 je..tapi jarang org buat tak manis..

    ReplyDelete
  5. insya allah dlm ms terdekat mmg nk buat sempena kenduri....

    ReplyDelete
  6. Pernah buat tapi tak menjadi.. hihi.. tapi kita suka makan sebab dia manis..

    ReplyDelete
  7. Sedap, Fiza suka letak telur sikit tapi tambahkan roti nak bagi banyak sikit puding tu.

    ReplyDelete
  8. oh mak! sangat favourite caramel pudding! thank you for sharing!

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  9. nak try buatlah guna resipe ciknor share ni

    ReplyDelete
  10. Oo..haha macamana bolehh hilang ingatan tu hikhik. Btw tak pernah buat sendiri lagi puding ni. Nanti nak try buatlah lepas ni

    ReplyDelete
  11. Kalau buat dalam bekas tu memang senang nak makan.. pernah lah tolong arwah mak buat.. Buat sendiri belum berjaya lagi..

    ReplyDelete
  12. lama giler x buat ni.
    kalau Ramadhan, ramai yg jual ekk.
    sepotong rm4-rm5.
    ye la. bahan nyer byk.

    ReplyDelete