Breaking News

Akhirnya 1 Juta......

Assalamualaikum..

Tajuk entry memang kebabom. Mesti korang ingat duit ler tu 1juta. haha. Perghh..kalau duit 1 juta confirm Cik Nor dok rumah jer goyang kaki. Kerja tulis blog dan paling best upah orang yang tulis blog. Pergh..angan-angan basau nampak. haha. Kalah mat jenin dengan angan-angan Cik Nor. Berangan tak apa..tak salah dan tak kena bayar pun. Tak giteww korang?

Yang 1 juta tu pageview bukan duit la. Kecoh kan Cik Nor ni, orang lain dah lama capai pageview 1 juta. Cik Nor baru nak merangkak dapat pageview 1 juta ni. Matlamat Cik Nor nak capai 1 juta ni sebelum habis bulan ni tapi keajaiban berlaku pageview 1 juta ni tecapai sebelum tiba masanya. Syukur sangat-sangat sebab dah bertahun berblogging ni baru capai juta-juta. Sebelum ni tengok orang jer capai 1 juta sekarang dah rasai sendiri memang agak teruja jugak la. hehe

Kalau korang nak kecam pun kecam la sebab blog Cik Nor ni bukannya femes sangat. Setiap hari bukan banyak pun orang view blog Cik Nor. Kurang dari 1k sehari yer..haha. Nampak? Dengan tak rasa segan silu Cik nor bagitahu korang yer.haha. Bulan ni pageview tinggi sikit dari biasa sebab dah cuci broken link. Tu pun tak habis lagi sebab mata dah juling broken link banyak sangat. Tunggu minggu depan la nak sambung balik cuci broken link tu.hihi. Minggu lepas terpaksa stop sekejap sebab bagi laluan tak entry event.

InsyaAllah..minggu depan dah free sikit boleh lah sambung balik kerja-kerja tertangguh tu. Eh..sebelum tu nak tanya..pageview blog korang berapa? Mesti tinggi dari Cik Nor kan?

19 comments:

  1. WOW! 1 million PV.
    Tahniah dah jadi jutawan PV

    ReplyDelete
  2. tahniah ciknor...saya bila ntah nak capai 1M PV

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak and tahniah sebab kak lah org paling banyak komen di blog Rabia pada bulan ni .

    ReplyDelete
  4. tahniah cik nor! saya ni jauh lagi, tak sampai pun setengah juta huhu

    ReplyDelete
  5. tahniah! share la sikit cara bersih broken link hehehee

    ReplyDelete
  6. acu tkr 1m ke RM? ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† tahniah n keep on blogging

    ReplyDelete
  7. tahniah...kita punya kita punya kita punya..ala, malu la..tak mo cakap..pi tgk sendiri kat blog kita..hehe

    ReplyDelete
  8. Allhamdulillah... caiyok cik nor....

    ReplyDelete
  9. Tahniah cik nor.. Blog ekin x capai 1 juta lagi.. Pv xberapa masyuk hahaha

    ReplyDelete
  10. Wah, tahniah yer cik nor. zumal jauh lagi nak sampai. Huhu

    ReplyDelete
  11. sama la kita.
    baru capai pv 1 juta.
    aida purata sehari dlm 500 pv jer.
    kalau aktif blogging, blogwalking. capai lah 700 pv.
    alhamdulillah la.
    beribu jugak lah sebulan kan :) dari takde langsung ha ha ha ha...

    broken link. belum sempat. dah lama x buat!

    ReplyDelete