Breaking News

Resepi Apam Tepung Gandum

Sumber gambar dari google

Assalamualaikum

Cik Nor asal balik kampung ada jer kerajinan nak cuba buat bermacam-macam jenis kuih. Bukan terlebih rajin tapi ayah dah beli gandum satu kotak. Tak buat kuih kan mengamuk pulak orang tua tu. haha. Oleh kerana dah lama tak buat kuih untuk jualan maka ini lah masanya untuk lepas gian buat kuih..hihi

Memandang tapai pulut banyak dalam peti makan Cik Nor masukkan sekali tapai tu dalam adunan apam gandum ni. Dah panjang-panjang membebel jom kita tengok apa resepinya.

Resepi Apam Tepung Gandum Versi Cik Nor

Bahan-bahannya :

1. 500 gram tepung gandum
2. 2 sudu kecil yis/mauripan
3. Tapai pulut (ikut suka orang nak masuk banyak mana, makin banyak masuk makin cepat kembang la adunan korang)
4. Gula (ikut kemanisan korang nak)
5. Air garam
6. Kelapa parut yang telah digaul sedikit garam


Cara-caranya :

1. Masukkan kesemua bahan 1-4 dan gaulkan sebati. 
2. Bila sudah sebati, masukkan air sedikit demi sedikit supaya tidak terlalu cair.
3. Agak-agak dah sebati semuanya, biarkan adunan kembang.
4. Kalau Cik Nor malam ni adun pagi esoknya baru kukus. Tapi kalau korang yang nak makan cepat boleh la dikukus bila adunan sudah kembang.
5. Masukkan adunan yang sudah kembang ke dalam bekas yang korang suka. Jangan masuk adunan terlalu penuh kerana ia akan lagi mengembang bila dikukus.
6. Kukus lebih kurang 10 minit atau korang boleh cucuk menggunakan lidi untuk memastikan ia betul-betul telah masak. Jika adunan sudah tidak melekat pada lidi makna apam tu sudah masak sempurna.
7. Angkat dan sejukkan serta gaulkan dengan kelapa parut. Apam gamdum ini sesuai dimakan diwaktu pagi dan juga petang.


14 comments:

  1. Mak nieyl selalu buat apam tepung beras je...

    ReplyDelete
  2. tajuk mmg eja tepun ke tepung cik nor hehe?

    ReplyDelete
  3. rasa macm pernah makan tapi bkn warna ni haha

    ReplyDelete
  4. Suka sangat makan apam, fiza buat tak letak tapai pulut. Boleh cuba resipi cik nor nie..

    ReplyDelete
  5. sedapnya lama tak makan aoam tepung gandum. cik nor mai post kulim hahahha

    ReplyDelete
  6. Jalan2

    https://jm2u.blogspot.com/2018/11/mystery-boxes-giveaway-by-liyana-jasmi.html

    ReplyDelete
  7. wah cik nor wat mari 5 ketul sini!hehehe

    ReplyDelete
  8. sy suka apam yg panas2 dah sejuk kureng sket hehehe

    ReplyDelete
  9. Pandai sungguh Cik Nor buat kuih apam ni..
    Warna cantik dan tekstur pun nampak gebu..

    ReplyDelete
  10. rajin cik nor buat.. ini favorite Haida tapi tak pandai pula nk buat.hehehe

    ReplyDelete
  11. kalau tak buh tapai pun, tak pe kan..sbb iolls tak makan tapai..

    ReplyDelete