Domino’s Pizza Tambah Daya Tarikan dengan Piza Daging Carik Terbaharu
Seiring dengan menunaikan janjinya untuk menawarkan
produk dan perkhidmatan yang berkualiti, serta nilai tinggi dan kemudahan
kepada pelanggan, Domino’s Pizza memperkenalkan tambahan terbaharu kepada menunya
dengan rangkaian piza ‘Pulled-Meat’. Diilhamkan oleh cita rasa barat yang
menjadi kegemaran rakyat Malaysia apabila menjamu selera dan merayakan
detik-detik istimewa, piza ‘daging carik’ menawarkan cara paling menarik untuk
menikmati kelazatan sajian makanan barat.
Majlis pelancaran Piza ‘Pulled-Meat’ terbaharu
Domino’s telah ditaja dan dianjurkan oleh Evolve Concept Mall yang terletak di Ara
Damansara.
Selaras dengan usaha untuk menghidangkan
hanya yang terbaik kepada pelanggan, daging lembu terbaik dan berkualiti tinggi
dari Australia dengan ciri-ciri yang menepati piawaian Domino’s telah dipilih
sebagai focus utama piza baharu ini. Piza ‘Pulled-Beef’ baharu menggunakan
daging dada lembut diselaputi sos Chipotle
yang lazat, digandingkan dengan lada benggala dan cili merah untuk memberikan
rasa manis dan pedas yang pasti menambat selera anda. Rahsia kelembutan daging
ialah prosedur memasak selama lima jam. Penyediaan bahan bermula dengan proses
memerap daging untuk meresapkan perasa ke dalam pori-pori daging, diikuti oleh
proses ‘menggaul’ untuk ‘mengurut’ daging selama 15 minit. Daging kemudian dipanggang
secara perlahan-lahan dalam ketuhar sekurang-kurangnya untuk lima jam sehingga daging
berderai, sedia untuk disiat-siat atau ‘dicarik’.
Rangkaian produk terbaharu ini juga
membawakan Piza ‘Pulled-Chicken’ baharu dibuat daripada daging dada ayam
disiat-siat, digandingkan dengan sos Chipotle,
tomato ceri dan gegelang nanas berkaramel untuk memberikan kombinasi rasa manis
dan perisa yang seimbang. Disesuaikan dengan cita rasa barat, Golden Chicken Tenders baharu melengkapkan
rangkaian piza. Isi ayam yang lembut terlebih dahulu diperap, disalut tepung
dan kemudian dibakar dalam ketuhar (tidak pernah digoreng) hingga sempurna
supaya setiap gigitan terasa rangup di luar tetapi lembut di dalam. Ia dihidangkan
dengan Zesty Coleslaw baharu dibuat
daripada campuran kubis ungu dan putih, lobak merah manis dengan kuah limau
masam, ditaburi biji bijan hitam pedas.
Dalam ucapan di majlis pelancaran produk terbaharu
Domino’s, Shamsul Amree, Timbalan Presiden, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan
Singapura, berkata, “Dalam usaha menunaikan tuntutan pengguna kami yang
sentiasa berubah, kami berusaha untuk melakukan segala-galanya untuk memberikan
tawaran terbaik dalam industri. Misi kami adalah untuk mencipta nilai menerusi
segala titik hubungan pelanggan. Kami melakukan segala-segalanya dengan sedaya
upaya kami, dari segi menawarkan pelbagai produk dalam menu kami mahupun menyediakan
hiasan dalaman yang kontemporari dan menambah baik perkhidmatan kami. Kami
tetap fokus pada empat tunggak jenama kami, iaitu kehebatan produk, kehebatan
perkhidmatan, kehebatan nilai dan kehebatan kemudahan. Ini termaktub dalam
janji jenama kami. Oleh itu, Domino’s sentiasa berusaha untuk menambah baik pengalaman
pelanggan menerusi setiap tunggak jenama di pelbagai titik hubungan pelanggan.”
“Sungguhpun kami beroperasi dalam industri
Restoran Perkhidmatan Segera (QSR), ia tidak menghalang kami daripada
menyediakan produk bermutu tinggi yang biasanya dihidangkan di restoran
berkualiti tinggi. Kami bersungguh-sungguh dalam segala yang kami lakukan.
Kerana itu, kami telah berusaha dan menghabiskan banyak masa untuk menjadikan
ini satu realiti. Menu kami kini menawarkan lebih banyak pilihan daripada
sebelumnya tetapi tetap mengambil kira kemampuan pelanggan. Kami bukan sahaja
menawarkan lebih banyak pilihan tetapi juga menawarkan produk bermutu tinggi
yang diperbuat daripada bahan bermutu tinggi untuk dinikmati oleh pelanggan
bersama mereka yang tersayang. Kami sentiasa mendampingi dan mendengar kemahuan
pelanggan dan kami faham bahawa mereka mahukan bahan yang berkualiti. Pelancaran
ini benar-benar mencerminkan janji baharu jenama kami ‘It’s All About You’ – untuk
sentiasa menunjukkan kepada pelanggan bahawa kami menghargai mereka,” tambahnya.
Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran,
Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, berkata, “Pelancaran pada hari ini
menjadikan Domino’s Pizza sebagai QSR pertama di Malaysia yang menawarkan sajian
daging carik dalam menu. Menawarkan produk baharu dalam menu nampak mudah,
tetapi produk ini diilhamkan secara khusus dengan teliti untuk memastikan ia
memberi pengalaman 5 bintang kepada pelanggan. Daging diperap dan dimasak
perlahan-lahan selama berjam-jam untuk memastikan daging lembut, menyelerakan
dan lazat untuk disajikan di atas piza. Kami berbangga menawarkan piza bermutu
paling tinggi dengan penyediaan terperinci untuk meningkatkan pengalaman pelanggan
kami.”
“Tiada yang dapat menyatukan
keluarga dan kawan-kawan untuk menyambut perayaan selain daripada sajian
makanan lazat di atas meja. Dengan Domino’s Pizza, setiap saat menjanjikan
keceriaan dan keseronokan. Menjelang musim perayaan hujung tahun, kami dengan
sukacitanya menawarkan bukan sahaja pilihan yang lazat tetapi lebih penting
lagi, produk istimewa bermutu tinggi yang diperbuat daripada bahan dan ramuan berkualiti
untuk dinikmati oleh pelanggan bersama keluarga tersayang. Pelanggan kami ialah
sumber inspirasi kami. Kami sedar bahawa daging tarik yang empuk, lembut dan
berair bukan murah dan tidak mudah didapati di pasaran. Oleh itu, sepanjang
enam bulan proses pembangunan produk ini, kami berusaha gigih untuk memastikan
kelazatan rasa dan juga ketepatan teksturnya supaya kami dapat menghidangkan
piza paling lazat kepada pelanggan, kerana kami melakukan segala-galanya untuk
mereka. Produk terbaharu ini benar-benar memperlihatkan komitmen kami dan janji
baharu jenama It’s All About You,” jelasnya.
Untuk memperlihatkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa diutamakan, video baharu
jenama ‘Its All About You’ telah juga dipertontonkan di majlis pelancaran pada
hari ini.
Untuk
mendapatkan lebih nilai, pelanggan boleh memilih Wild West Buddy Combo dengan mana-mana piza Pulled-Meat baharu pada harga hanya RM41.90 dan Wild West Super Combo pada harga hanya RM61.90.
Di samping itu, pelanggan boleh menambah RM12.75 atau secara ala-carte RM13.70 untuk menikmati Golden Chicken Tenders baharu. Pelanggan
boleh memilih tambahan RM6.50 untuk Zesty
Coleslaw saiz Besar atau RM2.90 untuk Zesty
Coleslaw saiz kecil yang juga boleh didapati dalam menu ala-carte, masing-masing
pada harga hanya RM 7.90 dan RM3.90.
Piza Pulled-Meat
dan Golden Chicken serba baharu boleh
didapati di restoran Domino’s Pizza di Malaysia Barat mulai 5 November 2018. Pelanggan
boleh mengunjungi restoran Domino’s, membuat pesanan dalam talian
di http://www.dominos.com.my/, atau menghubungi 1300-888-333 untuk membuat
pesanan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk
cita rasa barat baharu Domino’s Pizza Malaysia dan juga promosi semasa, sila ke
http://www.dominos.com.my/.
tetiba laparlah pulak cik nor ;-) wpn dah sarapan
ReplyDeletewah nak kena gi cuba la ni
ReplyDeleteGaji-gaji ni tengok pizza tu mcm nak telan monitor je hehehe
ReplyDeletesedapnya Domino's pizza..hujan2 ni sedap makan pizza panas
ReplyDeleteWahhh sedapnya. Hari tu dah try dah. Sedap
ReplyDeleteWahhh sedapnya. Hari tu dah try dah. Sedap
ReplyDeleteMasuk wishlist la ni
ReplyDeleteperutku berbunyi!! arghh Domino's!!
ReplyDeletesedapnyaaa! lama dh busyra x makan dominos .
ReplyDeleteBanyak pilihan Domino pizza sekarang Cik Nor, ada seafood ni pula ada carik daging lembu teruja sungguh..
ReplyDeletetunggu bos Fiza belanja la.. dia mmg minat sgt mkn dominos. Meeting mesti dia order dominos.
ReplyDeleteaduhhh sedapnya pizza nanti nak kena g pulak ni
ReplyDeleteHebatlah Domino's
ReplyDelete