Breaking News

Hadiah Menang Giveaway




Assalamualaikum..

Mesti korang pelik kenapa gambar Cik Nor tak rotate. Sebenarnya dah banyak kali rotate tapi bila upload masuk kat blog tetap jugak tak nak pusing. haha. Malas dah nak edit, maka Cik Nor teruskan menulis. Kejap lagi ada yang tidur awal bila dok main edit gambar. Mana taknya idea dah hilang entah ke mana. hihi.

Sudah-sudah la berbicara pasal gambar tu. Jom la kita cerita macam mana dapat barang dalam gambar tu. Hadiah GC Tea tu Cik Nor dapat sebab menang giveaway.  Giveaway yang mana satu pun Cik Nor dah lupa sebab dah lama juga join giveaway ni. Mesti korang tertanya-tanya kenapa baru dapat hadiahnya.


Opss..lupa nak bagitahu, hadiah ni Cik Nor terima dari blogger Rozita Abdul Rahman a.k.a Cerita Ita. Beliau merupakan salah seorang penaja untuk giveaway tersebut. Bila keputusan diumumkan Cik Nor telah memenangi hadiah dari beliau. Semasa pemenang di umumkan Cik Nor terus hantar detail yang diperlukan oleh beliau. Oleh kerana urusan perpindahan tempat kerja penghantaran hadiah terpaksa di tunda buat sementara waktu. Beliau dah bagitahu awal-awal lagi hadiah tak sempat nak pos lagi. Cik  Nor tak kisah pun, sebab urusan perpindahan beliau lagi penting. Hadiah bila-bila masa boleh pos bila dah free. hehe

Tak sangka juga menang GC Tea, yelah asyik dengar orang bercerita pasal GC Tea ni.  Banyak betul kebaikan GC Tea ni. Meh Cik Nor kongsikan kebaikan GC Tea ni dengan korang.

1. Anti-Inflamation dan anti-oksida
2. Mencegah dan merawat kencing manis
3. Mencegah dan merawat penyakit jantung
4. Menstabilkan tekanan darah tinggi
5. Mencegah dan merawat gout
6. Mengurangkan kolestrol
7. Menurukan berat badan
8. Melegakan migrain

Banyak kan kebaikan GC Tea ni. Rugi kalau korang tak cuba ni,. Korang kalau nak cuba jangan lupa contact Sis Rozita tu. Dia dealer GC Tea ni. Klik jer link Cik Nor bagi kat atas tu nanti terus ke blog dia. Kat blog dia semua detail ada. hehe. Apa-apa pun terima kasih K.Ita sebab bagi hadiah ni. Lain kali jadi penaja lagi yer, nanti Cik Nor nak menang hadiah dari K.Ita lagi..hehe

16 comments:

  1. Tahniah sis. Hee.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/11/hadiah-dari-blogger-sis-kinah.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Tahniah Cik Nor & selamat mencuba GC Tea ni

    ReplyDelete
  3. Untunglah..... hihi...
    Banyak kebaikan dia tu Cik Nor eloklah diminum 2 kali sehari supaya berkesan

    ReplyDelete
  4. Tahniah ciknor.. murah rezeki. GC tea packaging baru th

    ReplyDelete
  5. tahniah! nnt hulurlah secawan teh kt kami ;-)

    ReplyDelete
  6. Tahniah Cik Nor, GC Tea memang sedap dan berkhasiat

    ReplyDelete
  7. pernah cuba gc tea ni..sedap dan boleh bancuh banyak kali

    ReplyDelete