Resepi Apam Tepung Gandum
Sumber gambar dari google
Assalamualaikum
Cik Nor asal balik kampung ada jer kerajinan nak cuba buat bermacam-macam jenis kuih. Bukan terlebih rajin tapi ayah dah beli gandum satu kotak. Tak buat kuih kan mengamuk pulak orang tua tu. haha. Oleh kerana dah lama tak buat kuih untuk jualan maka ini lah masanya untuk lepas gian buat kuih..hihi
Memandang tapai pulut banyak dalam peti makan Cik Nor masukkan sekali tapai tu dalam adunan apam gandum ni. Dah panjang-panjang membebel jom kita tengok apa resepinya.
Resepi Apam Tepung Gandum Versi Cik Nor
Bahan-bahannya :
1. 500 gram tepung gandum
2. 2 sudu kecil yis/mauripan
3. Tapai pulut (ikut suka orang nak masuk banyak mana, makin banyak masuk makin cepat kembang la adunan korang)
4. Gula (ikut kemanisan korang nak)
5. Air garam
6. Kelapa parut yang telah digaul sedikit garam
Cara-caranya :
1. Masukkan kesemua bahan 1-4 dan gaulkan sebati.
2. Bila sudah sebati, masukkan air sedikit demi sedikit supaya tidak terlalu cair.
3. Agak-agak dah sebati semuanya, biarkan adunan kembang.
4. Kalau Cik Nor malam ni adun pagi esoknya baru kukus. Tapi kalau korang yang nak makan cepat boleh la dikukus bila adunan sudah kembang.
5. Masukkan adunan yang sudah kembang ke dalam bekas yang korang suka. Jangan masuk adunan terlalu penuh kerana ia akan lagi mengembang bila dikukus.
6. Kukus lebih kurang 10 minit atau korang boleh cucuk menggunakan lidi untuk memastikan ia betul-betul telah masak. Jika adunan sudah tidak melekat pada lidi makna apam tu sudah masak sempurna.
7. Angkat dan sejukkan serta gaulkan dengan kelapa parut. Apam gamdum ini sesuai dimakan diwaktu pagi dan juga petang.
Mak nieyl selalu buat apam tepung beras je...
ReplyDeletetajuk mmg eja tepun ke tepung cik nor hehe?
ReplyDeleterasa macm pernah makan tapi bkn warna ni haha
ReplyDeleteSuka sangat makan apam, fiza buat tak letak tapai pulut. Boleh cuba resipi cik nor nie..
ReplyDeletesedapnya lama tak makan aoam tepung gandum. cik nor mai post kulim hahahha
ReplyDeleteJalan2
ReplyDeletehttps://jm2u.blogspot.com/2018/11/mystery-boxes-giveaway-by-liyana-jasmi.html
wah cik nor wat mari 5 ketul sini!hehehe
ReplyDeletesy suka apam yg panas2 dah sejuk kureng sket hehehe
ReplyDeletefav ni :)
ReplyDeletePandai sungguh Cik Nor buat kuih apam ni..
ReplyDeleteWarna cantik dan tekstur pun nampak gebu..
rajin cik nor buat.. ini favorite Haida tapi tak pandai pula nk buat.hehehe
ReplyDeletekalau tak buh tapai pun, tak pe kan..sbb iolls tak makan tapai..
ReplyDeleteSedap nih
ReplyDeleteDah lama tak buat sendiri
ReplyDelete