Breaking News

Set Petal Velvet Sunaway SPF 50 PA+++ - Baby Baru Dari Althea



Assalamualaikum

Cuaca tidak menentu sekarang ini merungsing para wanita. Mana tak runsingnya, kalau hujan dan panas sepanjang tahun ok la ni sampai ada suatu ketika panas berpanjangan sehingga terasa perit sangat kulit muka. Masing-masing mencari sunscreen yang sesuai untuk melindungi kulit muka supaya tidak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari. Kulit muka yang terdedah kepada cahaya matahari boleh memberi kesan yang tidak elok dan merosakkan kulit.

Cari punya cari berkenan pulak Cik Nor pada baby baru Althea ni. Set Petal Velvet Sunaway SPF 50 PA+++ dari Althea ini terdapat 2 produk iaitu :



1) Krim Petal Velvet Sunaway
2) Petal Velvet Powder ( Translucant-Code 0, Warm Beige-Code 23 & Lavender-Code Pink)


Setelah hampir seminggu lebih Cik Nor gunakan sunscreen Petal Velvet Sunaway ni, banyak perubahan dapat dilihat pada kulit muka Cik Nor. Sunscreen ini amat bebeza dengan yang Cik Nor guna sebelum ini kerana ianya bukan sahaja melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari tetapi juga merawat kulit yang bermasalah. Teksturnya lembut, ringan, tak melekit dan cepat meresap ke dalam kulit membuatkan Cik Nor terus berkenan dan jatuh hati kali pertama memcubanya. Baunya harum semerbak bak bau bunga ros amat memenangkan jiwa. Ohh.. Cik Nor baru baca, patutla wangi rupanya kandungan utama Petal Velvet Sunaway ni ialah Geranium Oil, Hyarulonic Acid dan Damask Rose Extract.

First time di sapu kulit wajah, kulit akan terasa halus dan mulus. Bila memakai krim ini di wajah tidak terasa seperti kita memakai apa-apa krim kerana ia cepat menyerap ke dalam kulit.. Apa yang penting  Petal Velvet Sunaway ini tidak berminyak. Cik Nor ni jenis pantang kalau pakai apa-apa krim tiba-tiba muka jadi berminyak, mula lah drama nak cuci muka cepat-cepat. hehe. Ia juga memberikan kelembapan pada kulit muka kita.
Set Petal Velvet Powder yang 3 jenis tu pun Cik Nor suka jugak.


  • Code  0 Translucent
  • Code 23 Warm Beige
  • Code Pink Lavender
Set Petal Velvet Powder ni adalah loose powder yang senang dan mudah digunakan. Teksturnya ringan dan halus, kalau pedap-pedap kat muka tak terasa la muka tu ada bedak. Cik Nor gunakan Petal Velvet Powder ni selepas Cik Nor sapukan sunscreen Petal Velvet Sunaway!

Untuk permulaan Cik Nor gunakan Pink Lavender kerana ianya lembut dan bila guna tak nampak macam kita pakai bedak. hehe.


Cukup hanya  dengan ada nya  sunscreen dan loose powder maka lengkaplah set makeup Cik Nor setiap hari. Cik Nor bukan jenis pandai dan suka makeup sebenarnya. Ada krim dan loose powder kira perfect dah.

Buat korang semua, cepat dapatkan Petal Velvet Sunaway dan set Petal Velvet Powder di website althea.kr. Siapa cepat beli dia akan dapat diskaun untuk kedua-duanya sekali!


12 comments:

  1. wahh lajunya buat review! :D myra still draft lg. hehe best kan? although sometimes I find myself misting my face all day bila rush time pagi2 and malas nak pakai Fixer cream.

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  2. macam best je powder tu cik nor ^_^

    ReplyDelete
  3. Powder tu best kan ciknor. Dahla comel hehe

    ReplyDelete
  4. Powder tu best kan ciknor. Dahla comel hehe

    ReplyDelete
  5. Comel sngt packaging althea ni.. Suka sngt

    ReplyDelete
  6. bolehlah cuba cari sunscreen ni... lately sy x abis2 survey suncreen yg sesuai...

    ReplyDelete
  7. Produk hebat dari Korea yang dipercayai

    ReplyDelete
  8. menarik sangat kan set PV ni. suka bedak yang ringan dan sunscreen yang no shades tu.

    ReplyDelete
  9. produk bagus yang jadi model pulak mek kelate comel la hahaha

    ReplyDelete
  10. bestnye.. teringin jugak nak pakai produk althea nie..

    ReplyDelete