Breaking News

Pelancaran Mcd Wakaf Che Yeh Kota Bharu Berwajah Baru


Assalamualaikum..

Pada hari sabtu 20/10/2018 Cik Nor dan dua lagi rakan blogger Kelantan iaitu Sis Hawa dan Mek Yunie berkesempatan untuk sama-sama hadir memeriahkan pelancaran rasmi Mcd Kota Bharu berwajah baru. Apa yang baru tu? Itu korang kena pergi terjah sendiri. Kalau Cik Nor cerita kat sini macam tak suprise la pulak kan. hehe. Memang meriah dihari pelancaran tersebut. Pelbagai aktiviti diadakan. Paling meriah kanak-kanak lah yer.


Pada hari tersebut diadakan pertandingan warna bagi kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah dan di kenakan bayaran sebanyak RM15.00 seorang. Mesti korang rasa mahal kan? Tapi tak sebenarnya kerana tak kira menang atau kalah kanak-kanak yang join pertandingan tu akan mendapat satu set Happy Meal berserta main. Best kan? Kalau korang beli sendiri lebih lagi rasanya harga dia. hehe. Sebenar kalau nak join pertandingan mewarna ni kena bawa pensel warna sendiri tapi kalau terlupa pihak pengurusan Mcd Wakaf  ada sediakan. Terbaiklah pengurusan McD ni.


Ada aktiviti mewarna menggunakan pasir berwarna. Alahai kalau masih kanak-kanak confirm Cik Nor dah join aktiviti ni. Syok kan jadi kanak-kanak. 

 
Aktiviti mewarna menggunakan pasir berwarna.

Kehadiran VVIP dari Majlis Perbandaran Kota Bharu

Meraikan kehadiran Mr. Ronald

Mr. Ronald bersalaman dengan tetamu VIP ynag hadir

Persembahan nasyid 


Tetamu VIP & VVIP bersama Mr. Ronald

Suprise Birthday in the making

Korang jangan tak tahu Mcd bukan sahaja untuk korang pergi makan tetapi korang boleh sambut harijadi kat sana macam dalam gambar kat atas tu. Malah Mcd juga menyediakan pakej sambutan harijadi yang sangat berbaloi. Pakej A berharga dari RM141.50 yang menyediakan 10 chicken burger happy meals, 10 party packs@RM8.00 setiap satu dan 10 ballons Sculpting. Manakala pakej B berharga dari RM225.10 yang menyediakan 10 chicken burger happy meals, 10 party packs@RM8.00 setiap satu, 10 ballons sculpting, 5 Mc chicken Mc value Meals (M) dan 9 pcs ayam goreng McD share box. Menarik bukan kalau korang buat sambutan di Mc D.

Untuk membuat tempahan korang boleh hubungi Fairuz ( McD Kok Lanas) - 0109761957, Diyana (McD Wakaf Che Yeh) -0189037144, Nik Surizan ( McD P. Chepa) - 0129565755 dan Syazani (McD KB Mall) - 0162505570) . Perlu di ingat tempahan perlu dibuat lebih awal yer.



Korang kalau nampak tabung kat kaunter mana-mana McD seluruh Malaysia jangan lupa untuk menderma ya. Tak kira  berapa sumbangan korang janji korang ikhlas membantu. Bagi yang tak tahu tabung ini untuk apa meh Cik Nor terangkan sedikit. Tabung ini diwujudkan untuk membantu membina Romald McDonald House Charities (RMHC) malaysia juga dikenali seabagi Persatuan Kebajikan Ronald Mcdonald Malaysia. Ia ditubuhkan pada 15 Februari 1990 sebagai badan kebajikan. Terdapat 280 cawangan RMHC di seluruh dunia. Misi RMHC ialah membantu kanak-kanak dan keluarga yang kurang bernasib baik dalam tiga kategori iaitu kesihatan, pendidikan dan kebajikan.

Sumbangan yang diberikan melalui tabung derma di Restoren Mcdonald begitu bermakna. Dana yang dikumpulkan membuka peluang dan harapan baru kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan. Tempat Cik Nor sekarang merupakan perunding bagi Projek RMHC Kubang Kerian, Kelantan dan Cik Nor amat teruja bila terlibat dalam pembinaan rumah amal ini. Sama-samalah kita menyumbang ke tabung RMHC ni untuk membantu mereka yang memerlukan. Maklumat lanjut boleh lawati : https://rmhc-malaysia.my/

10 comments:

  1. wah..apakah wajah baru tu...share pls..hehe

    ReplyDelete
  2. meriahnya.. memang kalau nk makan mcd kene pergi KB..

    ReplyDelete
  3. whoaaa nampak best je. McD pun ada dtg last week kat hospital kanak kanak yg nephew kena admit. rasa happy juga tgk those kids were smiling so widely dapat free happy meal.

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  4. Wah berwajah baru ko lama tak makan mcd

    ReplyDelete
  5. Balik kelate bulan 12 nanti boleh singgah laa..murni selalu juga beli drive tru kat situ

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak singgah Mc Donald dekat situ tu. Nanti bolehlah jalan-jalan lepas ni

    ReplyDelete
  7. rasanya dulu g wakaf che yeh x jumpa pun mcd ni...hmmm nmpk sgt laa sy dah lama x jejak ke sana... wargghhhh

    ReplyDelete