Resepi Roti Kukus Versi Cik Nor
Sumber gambar dari google
Assalamualaikum.
Dah lama rasanya Cik Nor tak kongsi resepi main masak-masak kan? Hehe. Sebenar diri sendiri buntu nak kongsi resepi apa. Almaklumlah masaknya jarang-jarang sekali. Kalau bab makan tak pernah miss. Kihkih
Minggu lepas cuti 4 hari. 2 hari cuti hari minggu dan 2 hari lagi cuti sempena Keputeraan Sultan Kelantan. Hari jumaat dan sabtu tu kami buat short vocation. Dalam Kelantan jer, nak pergi jauh fulus enggak mencukupi dong. Hehe. Entry percutian singkat tu akan menyusul tak lama lagi. Hari terakhir cuti terpandanglah 1kg gandum terpelosok tepi penapis air. Datanglah idea spontan Cik Nor nak buat kuih. Nanti boleh bawak bekal pergi kerja. Jimat dah kat situ. Eh..panjang pulak membebel resepinya tak kunjung tiba lagi.hehe
Resepi Roti Kukus
Bahan-bahanya:
1kg gandum (tak kira jenama murah ke mahal)
1 paket mauripan
Air garam
Gula secukup rasa
Sedikit minyak masak
Inti ( kelapa, kacang, kaya pun boleh)
Daun pisang sebagai pelapik roti kukus
Cara membuatnya:
1. Gaul kesemua bahan-bahan diatas kecuali inti dan air garam sehingga sebati.
2. Air garam dimasuk sedikit demi sedikit supaya tidak terlalu lembik atau terlalu keras.
3. Uli doh sehingga sebati dan tidak melekat pada tangan.
4. Rehatkan doh dalam 20 minit supaya ia kembang.
5. Setelah doh agak kembang, bahagikan doh supaya sama saiz. Masukkan inti dan biarkan sehingga ia kembang kembali. Sambil-sambil tu bolehlah panaskan air untuk mengukus.
6. Setelah roti kukus kembang dan air pun dah mendidih bolehlah dikukus doh yang telah kembang dan dimasukkan inti.
7. Kukus selama 5-10 minit, bergantung kepada doh dan juga api yang digunakan untuk mengukus. Kalau doh nipis dan api kuat 5 minit dah boleh dia angkat. Roti kukus tak boleh dibiarkan lama nanti ia akan mampat dan menjadi keras.
8. Angkat dan sejukkan. Boleh dibuat hidangan waktu petang atau pun pagi.
Tips untuk mengetahui roti kukus tu sudah masak ke belum. Korang kena tengok kulit dia. Kalau dah kembang dari yang sebelumnya dan kulit dia dah licin dan berkilat itu tandanya rpti kukus korang dah masak.
skali tgk mcm pau laa cik nor ;-)
ReplyDeletewah nampak sedap...nanti nak cuba pulak
ReplyDeleteNampak macam pau.. roti rupanya.. rasa dia macam mana cikla.. lebih best ke dari roti biasa??
ReplyDeletesorry cik nor.. tertypo lak nama ciknor.. hehehe.. jangan marah ye.. :)
DeleteMacam pau pun ada hehe
ReplyDeleteWah, nak cuba juga la
ReplyDeleteMacam Pau lah rupanya mesti lembut ni
ReplyDeleteWahhhh tengok gambo, mcm seorang pakar pau yg buat tau..... Dasat ah cik Nor bukan seorang gadis biasa tau kalau mcm ni.... Ada harapan menerima pinangan dlm masa terdekat ni tau
ReplyDeletesenang nanti boleh try buat ni.. hihihi
ReplyDeletemacam pau..tak konfiden nak try takut tak mengembang & gebu cam cik nor punya ni..tengok resipi macam senang je...
ReplyDelete