Desto Melancarkan Pertukaran Kripto Berasaskan Pemegang Amanah, DestoCX
Seperti setiap perkahwinan, mana-mana sistem
kewangan memerlukan kepercayaan. Peningkatan mata wang digital kripto sebagai
kelas aset baru yang muncul juga bersandarkan kepada kepercayaan – bahawa urus
niaga yang dilakukan adalah selamat, tepat, dan pertukaran itu dilindungi.
Disebabkan itu, firma fintech DESTO telah
dibangunkan dan baru-baru ini melancarkan DestoCX, pertukaran kripto berasaskan
pemegang amanah yang diilhamkan oleh pihak yang tidak berhubungan dengan bank.
Pertukaran itu adalah bahagian pertama daripada ekosistem fintech DESTO yang
akan dilancarkan. DestoCX menyasarkan untuk menyediakan perkhidmatan pertukaran
mata wang digital kripto yang luar biasa kepada semua masyarakat di seluruh
dunia. Pertukaran itu berlangsung secara langsung pada 22 Oktober lalu.
Apa yang membuatkannya menonjol adalah
menerusi ciri penjaga yang ditampilkan, Satoshi Trust, di mana DESTO mencipta
firewall untuk mengasingkan wang kliennya, supaya syarikat atau kakitangan
tidak dapat menggunakan syiling (coin) dalam pertukaran atau wang klien. Dan
DESTO juga telah menggariskan ciri keselamatan sebagai nilai terasnya di
samping memastikan kepuasan pelanggan.
“Satoshi Trust menyediakan beberapa lapisan tahap
keselamatan tambahan, agar pelanggan kami boleh menggunakan platform kami
dengan lebih yakin, serta mengetahui bahawa dana atau aset digital mereka
dilindungi,” menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DESTO, Samuel Law,
seorang rakyat Malaysia yang berada di luar pesisir industri fintech
lebih dari 10 tahun.
“DestoCX adalah penting untuk
pembangunan kami kerana ia memberikan peluang kepada peniaga, pembeli atau
pelabur aset kripto untuk saling bertukar di platform ini, selain menjadi tempat
untuk bertukar dan mencairkan dana secara berpusat. DestoCX juga begitu penting
kerana ia memberi sokongan yang diperlukan untuk pengaliran mata wang DEO,” kata
Samuel.
DestoCX pada asasnya menyediakan
platform untuk kecairan yang dikumpulkan, untuk mengesahkan transaksi yang
berlaku serta disahkan dan dipertimbangkan dengan tepat. “Dan dana mereka sudah
pasti terjamin kerana dilindungi,” ujar Samuel.
Pertukaran berkenaan sebenarnya
berlangsung dalam teknologi sistem teragih iaitu teknologi yang sama digunakan
oleh Google, Twitter dan Facebook. “Kami mampu menampung trafik yang sangat
tinggi dan mengekalkan kecekapan sistem pada tahap yang sangat memuaskan. Ia
boleh melaksanakan sehingga 100,000 pelepasan perdagangan sesaat, dengan kemampuan
mencapai satu juta sesaat,” kata Samuel.
Menurut Samuel, semuanya adalah mengenai masa,
sebelum pasaran mata wang digital kripto yang dikuasai oleh teknologi
blockchain menjadi standard baru dalam ekonomi dunia. “Kami sudahpun
menyaksikan evolusi yang berlaku pada masa ini yang menggunakan kaedah
pembayaran semasa semakin menjadi berlebihan, sebelum ia menjadi lama dan
usang. Dengan alasan ini juga, DestoCX wujud dan akan terus wujud bagi memenuhi
keperluan evolusi kewangan,” beliau berkata.
Beliau turut menyatakan bahawa DEO belum lagi
disenaraikan pada masa ini, berikutan DESTO sedang membina peneroka rantaian
DEO (DEO Chain Explorer) iaitu platform yang membenarkan carian maklumat
mengenai blok, alamat dan transaksi di blockchain COIN DEO, bersama kod sumber
yang tersedia di Github.
“Kami juga menyelaraskan ia dengan
platform dagangan bagi memastikan aliran itu tepat dan seperti yang ditetapkan.
Kemungkinan ia akan mengambil tempoh sekurang-kurangnya sebulan atau setengah
bulan. Yang paling awal mungkin pada November atau Disember ini, bagaimanapun kami
berharap ia akan berjalan secepat yang mungkin,” kata Samuel.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai DESTO, DestoCX dan DEO coin yang akan disenaraikan tidak lama lagi,
boleh melayari www.destocx.com, atau
emel kepada support@desto.io.
tak pernah tau pasal desto ni..nak kena baca untuk lebih faham pasal desto ni secara details..thanks cik nor
ReplyDeleteBab bab ilmu nak baca mcm boring je cik Nor hihi...
ReplyDeleteOkay, baru nak kenal dengan Desto ni.
ReplyDeletelps syarat BNM x?
ReplyDeleteErm kena belajar dan ambil tahu pasal Desto ni.. Tak familiar lagi
ReplyDeletebaru taw pasal desto ni
ReplyDeleteGood info ciknor
ReplyDelete