Breaking News

Malang Tidak Berbau


Assalamualaikum..

Tajuk pun malang tidak berbau, begitu lah juga cerita yang bakal Cik Nor kongsikan dengan korang ni. kejadian  ni berlaku 3 hari sebelum raya haji iaitu 19 Ogos 2018. Malam sebelum kejadian Cik Nor dah tak sedap hati dan tak lena tidur. Ingat macam biasa jer sebab ada masa Cik Nor sukar tidur. Cik Nor tak jangka la sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Pagi sebelum kejadian, macam biasa Cik Nor bangun dan solat subuh. Lepas solat subuh tu rileks kejap sebelum mandi. Hari ni Cik Nor ambik cuti separuh hari sebab ada temuduga. Korang pun dah tahu kan Cik Nor dah letak jawatan kat tempat kerja lama. So, dalam masa yang singkat Cik Nor kena cari kerja baru. Masa nak keluar tu macam biasa Cik Nor dah baca ayat Kursi dan doa supaya dipermudahkan segala urusan.

Dah panaskan enjin kereta, baca bismillah dan memandu macam biasa jer la. Sebelum sampai kat lampu isyarat berdekatan dengan Shell Paya Bemban jalan agak sesak sikit. Kaki Cik Nor memang dah ready atas pedal brek. Entah dimana silapnya, kereta dihadapan tiba-tiba berhenti mengejut dan Cik Nor jugak agak terkejut lalu melanggar kereta yang berhenti mengejut dihadapan.


Agak teruk juga kereta Cik Nor kena. Bone hadapan sampai terangkat dan tak boleh tutup. Manakala bumper kemek. Kereta yang Cik Nor langgar tu tak teruk mana, cuma calar dan tanggal cat jer. Masing-masing dah sepakat tak nak buat laporan polis dan Cik Nor janji akan bayar ganti rugi sebab dah langgar kereta dia.

Kalu ikutkan dia yang salah sebab berhenti mengejut tapi dah Cik Nor yang dok belakang dan langgar  kesalahan itu dicas ke atas Cik Nor. Cik Nor redha la dengan ketentuan Illahi. Tapi satu jer silap Cik Nor tak ambik gambar kereta dan no. plate orang yang Cik Nor langgar tu. Cik Nor panik dan tak tahu nak buat apa. Masa tu tak fikir kereta tapi fikir nak pergi temuduga jer.huhu

Orang yang Cik Nor langgar kereta dia cas RM250.00 untuk baiki kereta dia. Tak per lah Cik Nor bayar jer la sebab Cik Nor langgar kan. Tapi andai orang yang Cik Nor langgar kereta dia tu baca, Cik Nor bayar dan halal apa yang dia baiki sahaja. Kalau duit yang Cik Nor bayar tu ada lagi lebih nya Cik Nor tak halalkan. Begitu juga dengan pemandu yang berhenti tiba-tiba didepan dengan kereta yang Cik Nor langgar., Cik Nor tak redha yer..salah korang buat tapi Cik Nor yang kena tanggung. Korang jawab la diakhirat nanti. Kat dunia tak per boleh terlepas.

Sedang elok ada duit RM600 dalam akaun, ingat nak buat belanja masa raya haji tapi tak kesampaian bila kena bayar baiki kereta sendiri dan juga kereta orang. Allah nak menguji Cik Nor, dah la baru resign tiba-tiba jadi macam ni pulak. Allahuakbar...semoga Allah berikan sinar bahagia buat Cik Nor dari apa yang telah Dia tarik dari Cik Nor. InsyaAllah..aamiin

12 comments:

  1. kesian kat cik nor. semoga cik nor tabah menghadapi dugaan ini ye?

    ReplyDelete
  2. alahai,sedih kan bila salah org lain kita pun kena tanggung. takpe, semoga ada rezeki lebih utk Cik nor lepas ni. Aamiin.

    ReplyDelete
  3. kalau report pun nanti kita jgak kena kan sbb kita duk blkg,padahal salah orang depan. pernah jugak jadi mcm ni tapi nak wat camne kan. kena redha je lah, smga ada rzki lain utk cik nor nanti. be strong!

    ReplyDelete
  4. sabar ye ciknor. in shaa Allah nanti ada rezeki lain tu

    ReplyDelete
  5. Allah, insyaAllah ciknor dimurahkan rezeki lepas ni. semoga tabah

    ReplyDelete
  6. ya Allah kesian Cik Nor, kereta saya pon pernah kena seret dgn bas rapid tapi bila report polis kesalahan dikenakan ats saya pulak padahal terang2 bas tu seret kereta saya.. takpe laa semoga murah lagi rezeki cik Nor lepas ni..inshaAllah Aamiin

    ReplyDelete
  7. sabarlah ciknor. Allah akan ganti yang terbaik untu ciknor..

    ReplyDelete
  8. Sabar ye CikNor, Alhamdulillah CikNor takde apa2..duit boleh dicari, tapi CikNor tak boleh diganti..

    ReplyDelete
  9. inshaAllah ada rezeki yang melimpah ruah untuk Kak Nor nanti.

    ReplyDelete
  10. dugaan CikNor insyallah untuk something yang lebih besar rahmatnya dimasa akan datang =)

    ReplyDelete
  11. mmg perit bila diuji begini... kita tertanya2 benarkah kita yg bersalah? tak mengalah cik nor, terima dgn terbuka. moga dgn insiden ni rezeki cik nor akan terbuka luas lg...

    ReplyDelete
  12. Allahu.. semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete