Breaking News

Atasi Masalah Rambut Dengan Brokoli Scalp Booster 2 in 1| IMAAN


Assalamualaikum..

Masalah kulit kepala gatal dan kelemumur memang tak boleh lari dari Cik Nor. Tambah-tambah dengan cuaca yang agak panas sekarang ni makin menjadi la masalah tu. Asyik bertukar syampu jer tapi masalah tak juga selesai. Habis petua Cik Nor guna, hilang kejap lepas datang balik. Sekarang ni hari-hari cuci rambut dapatla kurangkan gatal kepala. Kalau tak asyik tergaru-garu jer. Rimas pun ada dengan masalah ni. Cik Nor ada berkenan dan jatuh hati dengan satu produk ni. Produk apa? Jom Cik Nor cerita.


Brokoli Scalp Booster Dari IMAAN WORLD

Apa itu Brokoli Scalp Booster? Ia merupakan satu produk yang boleh menangi masalah rambut seperti kelemumur dan gatal kulit kepala. Hasilnya dapat kita lihat dalam masa 2 minggu. Ini yang membuatkan Cik Nor teruja untuk mencuba dan nenggunakan Scalp Booster ini. Hari dah hampir 2 minggu Cik Nor menggunakan Scalp Booster dah hasilnya memang membanggakan bila masalah rambut Cik Nor hampir dapat diselesaikan.



Apa Fungsi Scalp Booster 2 in 1 Ini?

Scalp Booster 2 in 1 ini mempunyai dua fungsi yang sangat unik. Satu ia berfungsi sebagi serum dan 1 lagi sebagai massager.  Dengan menggunakan kuasa gegaran untuk memaksimumkan peredaran darah ke folikel rambut. Ia juga merangsang pertumbuhan rambut baru dan mengelakkan risiko kebotakan serta mencegah kelemumur dan juga keradangan folikel rambut.

Brokoli Scalp Booster ini mengandungi bahan seperti Jojoba Oil yang berfungsi untuk merangsang pertumbuhan rambut baru, menyubur, menghitam rambut serta melembapkan serta menyihatkan rambut dari akar ke hujung rambut. Banyak kan kebaikan Scalp Booster 2 in 1 ni. 


Bagaimana Scalp Booster Ini Berfungsi?

Mesti korang tertanya-tanya macam mana Scalp Booster ini berfungsi? Bila kita menggunakan Brokoli Scalp Booster ini, ia akan membuang kulit mati, kelemumur dan kudis yang terdapat dikepala kita. Ia juga membersih, melindungi rambut dan kulit kepala kita.

Untuk hasil yang mengujakan pengggunaan Brokoli Scalp Booster ini hendaklah konsisten dan ia boleh digunakan 2 kali dalam sehari. Apa yang penting sekarang ni ialah rajin dan konsisten. Apa-apa produk pun yang korang cuba mesti lah mengikut arahan yang ditetapkan. Kalau ikut suka hati kita memang tak jadi lah yer..hehe.


Lupa nak bagi tahu, selain dari mengatasi masalah rambut Brokoli Scalp Booster ini dapat juga mengurankan stress? Apa? Macam mana tu? Kan Brokoli Scalp Booster ni ada 2 fungsi. 1 serum dan 1 lagi massager. Yang massager tu bila urut kat kepala memang layan dan hilang semua masalah dalam kepala. Tambah-tambah bila orang lain tolong massage kan untuk kita. Walaweh..syok nya hidup. Masalah rambut tiada, stress pun hilang.

Scalp Booster ini tak berminyak dan melekit yer. Bila disapu ke kepala terus meresap masuk ke dalam kulit kepala. Pendek kata sesiapa yang menggunakan Scalp Booster ini akan jatuh hati dengan kebaikan dan fungsi nya. Ia diluluskan oleh KKM dan jangan bimbang, ia selamat digunakan.

Kat bawah ni Cik Nor tunjukan cara guna Scalp Booster ni. Maaf la Cik Nor bagi contoh kat tangan sebab tiada model lelaki. Cara gunanya macam Cik Nor tunjuk kat kat tangan tu. Sapukan serum pada tempat-tempat yang bermasalah dan ratakanya dengan menggunakan massager. Mudahkan?


Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk dari IMAAN korang boleh lawati :


Website - www.imaanworld.com
Facebook - imaansuciworld
Instagram - imaan.suci.world.hq

7 comments:

  1. terbaek.. semakin naik nama produk imaan ni :)

    ReplyDelete
  2. rasa macam best je cik nor pakainscalp booter ni bila kena massage... fuhhh... lega kepala

    ReplyDelete
  3. Oh..produk ni bagus untuk suami saya, asyik mengadu kelemumur je padahal dah guna syampu head and shoulders tu..

    ReplyDelete
  4. baru first time dengar produk ni,,nti nk terjah website dia

    ReplyDelete
  5. first time dengar pasal produk ni.. nanti nak cubalah

    ReplyDelete
  6. wahhh brokoli pun dah boleh buat produk

    ReplyDelete